Manfaat minyak kayu putih yang mungkin korang tak tahu.

Minyak kayu putih ni cikla rasa amat popular dari dulu kan, iyelah sejak dari zaman mak ayah kita muda muda. Ada jer masalah kesihatan, minyak kayu putihlah yang dorang cari. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada gunanya. 

Jadinya, cikla nak share beberapa masalah yang 'biasa' berlaku yang boleh dilegakan dengan minyak kayu putih ni.

Manfaat minyak kayu putih yang mungkin korang tak tahu.
Manfaat minyak kayu putih yang mungkin korang tak tahu. Kredit Google.

1. Pening kepala/migrain, sebab ada eucaliptus yang boleh kendurkan urat-urat saraf yang tegang.

2. Resdung, untuk legakan pernafasan sebab adanya terpeniol yang boleh buka rongga hidung bagi senang bernafas.

3. Kembung perut, bantu buang angin atau gas 'jahat' dari perut sebab minyak kayu putih bersifat karminatif. Seeloknya, sapu perut tu ikut arah jam.

4. Aromaterapi, sebab ada eucaliptus yang sangat bagus menenangkan masa kita stress dan penat.

5. Memudarkan/kecut jerawat. Minyak kayu putih bersifat inflamasi yang mana dia bertindak balas untuk kecutkan jerawat dan matikan sel-sel kulit kesan dari jerawat.

6. Untuk lenguh badan, termasuklah sakit pinggang, sakit belakang dan sakit lutut. Macam mana boleh jadi sakit tu? Dia berlaku bila urat sendi tegang, maka wujudlah sakit-sakit tu tadi. Lagi satu, darah tak mengalir lancar. Tu sebab fungsi minyak kayu putih untuk bantu lancarkan peredaran darah. 

7. Melegakan suhu panas badan yang panas/tinggi. Kenapa? Sebab, dengan bahasa mudahnya, diaa melawan. Minyak kayu putih kan panas, pastu badan korang pun panas. So, dorang ni macam fight la then keringat/peluh akan terhasil. Kesannya, suhu badan akan turun dan jadi normal semula. 

Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews