10 sebab kenapa orang itu berjaya?

Orang berjaya pasti ada sisinya yang unik dan sikapnya lain dari pada orang lain. Cikla pasti semua orang mesti nak jadi orang yang berjaya dalam hidup dia. 

So, macam mana pulak cara kita nak berjaya tu? Nak tau? Cikla nak kongsi sesuatu yang menarik. Haaa, orang bisnes kena baca ni.

10 sebab kenapa orang itu berjaya?
10 sebab kenapa orang itu berjaya? Kredit Google. 

1. Sikap dia berbeza, Orang berjaya dia tak suka komplen. Tapi, orang gagal? Semua dia nak komplen, "Apa la tak ada parking", "Apalah takde makan?" "Apalah pen kertas pun tak bagi". Apalah itu. Apalah ini.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia totally different. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Namun, orang yang nak berjaya tak suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia cari kerja. 

2. Orang berjaya pantas dan cepat buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia buat. Dia usaha, tak fikir pun camne nak jadi. Nak nampak jadi buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya

3. Mereka sanggup berkorban masa untuk kejayaan mereka. Invest wang, tenaga dan masa. 

4. Mereka bina networking yang bagus. Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda. Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan. Siapa kawan kita itu la menentukan hala tuju kita.

5. Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya. Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

10 sebab kenapa orang itu berjaya?
10 sebab kenapa orang itu berjaya? Kredit Google. 
 
6. Mereka berkawan dengan orang yang betul.

7. Mereka tak bertangguh. Fast action fast result. Kepantasan membuat keputusan boleh mempengaruhi keputusan dalam organisasi dia. Kalau sikap kita lembap, agaknya bila perancangan kita dapat dilaksanakan? 

8. Orang berjaya tak peduli kritikan orang lain terhadap dia. Orang gagal sibuk melayan apa orang cakap. 

9. Fokus, fokus, fokus. Fokus 1 masalah pada 1 masa. Di mana ada masalah, di situ ada peluang. Di mana ada peluang, di situ ada ruang. Di mana ada ruang, di situ ada kekayaan. 

10. Mereka konsisten dan persisten. Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat ler, pasalnya selalu fikir negatif.

Dapat sesuatu?

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews