10 June 2021

Selalu kena migran? Nak tau apa puncanya?

Minggu lepas, kerap pulak cikla kena migrain. Sebelum ni tak pernah kena, tu rasa macam merana jer tu. Kena pulak sebelah kepala. Nyutt nyuutt jer rasa dia. 

Puas gak la tenyeh dengan minyak angin. Legalah sikit. Tapi, last last telan jugaklah panadol actifast 2 biji sesambil sapu minyak angin tu. 

Siapa yang pernah kena migrain ni tau la sakit kepala dia macam mana kan. Migrain ni memang sangat sangat sangat menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti harian kita. 

Rasa sakit dan berdenyut-denyut tu macam nak pecah dan selalunya dia sekali pakej dengan rasa loya, muntah-muntah atau terlalu sensitive kepada cahaya dan bunyi (senak mata).

Selalu kena migran? Nak tau apa puncanya?
Selalu kena migran? Nak tau apa puncanya? Kredit Google.

Sedihnya, punca sebenar migrain ni tak dapat dikenalpasti tapi ramai penyelidik anggap benda ni disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak, perubahan hormon, pemakanan dan persekitaran 

Antara sebab lain adalah, perubahan hormon di kalangan wanita yang mana perubahan tahap estrogen. Perubahan hormon ni  selalu jadi bila perempuan tu sedang haid, hamil ataupun menopos.

Selain tu, pengambilan ubat-ubatan yang melibatkan hormon macam pil perancang atau terapi hormon gantian.

Pastu, pemakanan pun boleh jadi salah satu punca jugak, contohnya pengambilan pemanis dan pengawet dalam makanan. Di samping itu, pengambilan minuman beralkohol dan berkafein boleh mencetuskan migrain jugak. 

Mereka yang selalu stress jugak cenderung menghidap migrain selain dari pencahayaan yang terlalu terang dan bau-bauan yang sangat kuat.

Menurut Dr Zubaidi, migrain ni ada kaitan dengan keturunan sebab kebanyakan mereka yang ada migrain cakap ibu dan ayah mereka pun ada migrain jugak. 

Punca-punca lain adalah perubahan corak tidur (jet lag), aktiviti fizikal dan perubahan alam sekitar mungkin menyumbang kepada pencetua migrain. 

Moga bermanfaat. 

3 comments:

  1. saya selalu kena migraine ni. sampai buat MRI, alhamdulillah semua normal. :-)

    ReplyDelete
  2. Bila kena migran ni memang tak boleh bawa bincang..waktu dia datang tu..aduh..

    ReplyDelete
  3. kaella sejenis kalau naik migrain mmg teruk gila, bila dah naik migrain terus sekali muntah, bila dah muntah tu tak boleh la pulak nak tengok cahaya, kena duk dalam gelap.

    ReplyDelete