Bagusnya mandi sebelum Subuh.

Cikla agak ada orang suka mandi sebelum Subuh kan. Bangun jer tidur, mandi dan bersihkan diri sebelum menunaikan solat Subuh. Sebenarnya, bagus tau mandi sebelum Subuh ni. Banyak manfaatnya. Nak tau? Meh baca ni.

Bagusnya mandi sebelum Subuh.
Bagusnya mandi sebelum Subuh. 

Kalau korang nak tau, ada kajian sains kata, pada waktu pagi, kandungan gas ozon lebih tinggi dari waktu lain. Gas ozon ini amat penting untuk tubuh badan kita. So, kalau korang mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan jugak. Antara manfaatnya:

-1- Kulit lebih lembut dan halus. Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Lepas ni, kalau korang ada lingkaran hitam di bawah mata, cuba mandi guna air sejuk sebab katanya ia dapat kurangkan lingkaran gelap kat bawah mata. Macam tu gak dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak. Kulit pulak menjadi lebih lembut dan halus.

-2- Membantu melancarkan peredaran darah. Kalau peredaran darah korang lancar maka tubuh badan pun jadi lebih sihat dan bertenaga. Malah, korang jugak boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

Bagusnya mandi sebelum Subuh.
Bagusnya mandi sebelum Subuh. Kredit Google.

-3- Meningkatkan kesuburan. Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

-4- Kurangkan risiko darah tinggi. Kalau korang ada penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk korang kurangkan penyakit korang. InshaAllah, dengan izin Allah, kalau ia diamalkan selalu, penyakit korang akan pulih.

-5-Kurangkan tekanan serta memberi ketenangan. Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Korang yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk korang menghilangkannya. So, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

-6-Meningkatkan sel darah putih. Kalau mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Bila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, korang tak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

InshaAllah, jika kita istiqomah mandi sebelum subuh, tubuh badan kita akan sihat kerana telah mengamalkan sunnah Nabi.

Aamiin.

Moga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews