16 June 2021

Susu makin kurang? Nak tau tip macam mana nak meriahkan susu ibu? Jom baca ni.

Ada ibu yang mempunyai masalah kurang susu badan. Anak pulak kuat menyusu. Sampai sakit miss B si ibu. Kesian mak. Jadinya, nak kata petua nak tambahkan susu ibu ni memang banyak kot. 

Tradisional, moden semua ada. Namun, ada beberapa tip yang ibu boleh cuba untuk tambahkan susu badan. 

Susu makin kurang? Nak tau tip macam mana nak meriahkan susu ibu? Jom baca ni.
Susu makin kurang? Nak tau tip macam mana nak meriahkan susu ibu? Jom baca ni. Kredit Google

1. Susukan baby sekerap yang boleh. Sebaiknya penyusuan adalah dengan kedua-dua belah payudara.

2. Pastikan baby menyusu dengan cukup lama.

3. Jangan ikut jadual penyusuan. Ikut isyarat baby kalau mereka dah lapar.

4. Kerap susukan baby pada waktu malam sebab penyusuan pada waktu malam akan menghasilkan lebih banyak susu.

5. Guna pam payudara sama ada pam eletrik atau manual lepas ibu susukan baby untuk pastikan yang payudara ibu betul-betul kosong.

6. Lakukan teknik urutan payudara yang betul supaya dapat bantu lancarkan pengaliran susu.

7. Pastikan ibu mengawal stress dengan baik sebab stress akan menganggu pengeluaran susu ibu. 

8. Ibu kena elak dari tidur meniarap supaya payudara tak mengalami sebarang tekanan yang boleh menganggu pengeluaran susu. 

9. Elak menggunakan puting tiruan.

10. Sebaiknya, elak mengambil pil perancang semasa menyusukan baby.

11. Jangan merokok semasa hamil.

12. Minum air banyak terutama sebelum penyusuan. 

13. Cuba elakkan minuman yang mengandungi kafein.

14. Makan diet yang sihat dengan protein yang banyak. 

15. Berbincang dengan doktor tentang prekripsi atau pun pengambilan apa-apa supplement untuk meningkat penghasilan susu ibu. 

Happy breastfeeding mommy!

1 comment: