15 June 2021

Kaum perempuan wajib baca ni : Tentang darah haid, isithadah, wiladah dan nifas.

Sebagai wanita, biasanya mereka akan mengalami beberapa keadaan yang melibatkan keluarnya darah dari bahagian faraj. 

Namun, ada 4 kategori darah yang wajib diketahui sebab terdapat perbezaan dari segi hukum-hakamya.

So, cikla nak share beberapa persoalan yang sering dikaitkan dengan perbezaan darah haid, istihadah (darah penyakit), wiladah, dan nifas.

Sifat Darah Haid, Istihadah, Wiladah, dan Nifas.

Kaum perempuan wajib baca ni : Tentang darah haid, isithadah, wiladah dan nifas.
Kaum perempuan wajib baca ni : Tentang darah haid, isithadah, wiladah dan nifas. Kredit Google.

Berikut adalah sifat-sifat utama bagi mengenalpasti 4 jenis darah ini:

1. Darah haid. Darah ni keluar mengikut kitaran setiap bulan. Dari segi rupa pulak, darah haid berwarna gelap, kelihatan lebih kental dan berbau hanyir.

2. Darah istihadah. Darah ni pulak keluar dari seorang wanita di luar kebiasaan dan tak tetap waktunya. Biasanya darah ini berwarna cerah atau merah segar, cair dan tidak berbau.

3. Darah wiladah. Darah ni keluar semasa wanita itu bersalin. Untuk kes keguguran, ia tetap dikira darah wiladah dan wajib mandi. Begitu juga kalau bersalin melalui pembedahan Caesarean.

4. Darah nifas. Darah yang keluar selepas bersalin, iaitu sebaik sahaja rahim dikosongkan.

Tempoh normal dan maksimum.

1. Darah haid. Minimum 1 hari (24 jam), biasanya 7 hari, dan maksimum 15 hari.

2. Darah istihadah (darah penyakit). Takde tempoh yang minimum atau maksimum. Semua darah yang keluar di luar waktu kebiasaan haid atau bukan sebab melahirkan anak adalah dikira istihadah. 

3. Darah wiladah. Sepanjang proses bersalin.

4. Darah nifas. Bermula sebaik saja rahim dikosongkan, biasanya 40 hari dan maksimum 60 hari. 

Kategori hadas besar dan kecil.

Pertamanya, penting untuk seseorang mengetahui bahawa 3 jenis darah iaitu darah haid, wiladah, dan nifas adalah tergolong dalam hadas besar. Ini bermaksud, ia perlu disucikan melalui mandi wajib.

Sementara itu, darah istihadah atau darah penyakit tergolong dalam hadas kecil. Dalam keadaan ini, seseorang wanita masih wajib solat dan berpuasa di bulan Ramadan. Mereka hanya perlu membersihkan darah tersebut dan memperbaharui wuduk bagi setiap kali solat fardhu.

Larangan semasa haid dan nifas.
Larangannya semasa haid adalah sama seperti semasa nifas, iaitu tak boleh solat, sujud tilawah, sujud syukur, bertawaf, berpuasa, iktikaf di masjid, membaca Al-Quran dan bersetubuh.

Manakala ketika istihadah, wanita boleh melakukan perkara yang sama seperti wanita yang suci. Jadinya, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid dan nifas (iaitu tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).

Contoh darah istihadah yang sering berlaku.
Mungkin agak mudah bagi kita kenal darah haid, wiladah dan nifas. Namun, selalu berlakunya kekeliruan bila timbul isu darah penyakit, iaitu istihadah.

Berikut adalah contoh kes istihadah yang sering berlaku.

i) Palitan darah (the show) masa hampir bersalin. Kalau tak mampu, dibolehkan solat secara duduk atau berbaring. Dan kalau ditinggalkan, seseorang perlu menggantikan solat (qadha’) sebab keluar ‘tanda’ atau darah dari faraj belum dianggap sebagai nifas.

ii) Darah semasa mengambil ubat perancang (yang berlaku di luar waktu haid normal).

iii) Darah yang keluar disebabkan oleh buat kerja berat, stres, atau penyakit lain.

iv) Darah yang keluar ketika sedang hamil (bukan sebab keguguran).

Menggabungkan mandi nifas dan wiladah.
Bila seseorang wanita itu bersalin dan bernifas, memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas. Ini bermaksud, tak perlu mandi dua kali; pertama akibat wiladah dan kedua akibat nifas, seperti yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Semasa berniat, niatkan dengan, “Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)”.

 atau 

“Sahaja aku sahaja aku menunaikan mandi hadas atau seumpama dengannya”.

Moga bermanfaat. 

#copyandpaste

2 comments:

  1. thanks.. kadang2 lupa

    ReplyDelete
  2. NIce sharing.... kadang mai bab macam ni berlaku... kena belek kitab fiqh juga...

    ReplyDelete