Jangan tinggalkan 7 benda ni dalam kereta. Bahaya!

Info ni cikla rasa semua orang kena tau. So, jom baca sampai habis. Yang terakhir sekali tu paling penting!

Jangan tinggalkan 7 benda ni dalam kereta. Bahaya!
Jangan tinggalkan 7 benda ni dalam kereta. Bahaya! Kredit Google.

1. Makanan dan Minuman

Terdapat bungkusan dan pek makanan yang tak tahan panas dan terik cahaya matahari. Korang tau tak, suhu di dalam kereta boleh mencapai sehingga 70°C kalau kenderaan diletak di kawasan terik. 

Ada pek yang mungkin terurai pada suhu ini dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. 

So, elakkan memakan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun pek bungkusannya belum dibuka.

2. Ubat-Ubatan.

Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25°C atau lebih rendah. Malah ada yang perlu disimpan pada suhu di bawah 8°C iaitu dalam peti sejuk. Kalau melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak. 

Ada juga ubat perlu di simpan dalam tempat yang gelap, sebab ia akan rosak kalau terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.

3. Gajet Berbateri.

Apa saja gajet yang menggunakan bateri lithium ion, contohnya telefon bimbit, laptop, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti powerbank, berisiko meledak kalau ditinggalkan di dalam kereta yang panas. 

Ledakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku di dalam kereta. Selain risiko meledak dan terbakar, gajet yang ditinggalkan di dalam kereta sering menjadi sasaran pencuri.

4. Tin Aerosol Spray.

Tin aerosol/spray seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi dan ubat inhaler mengandungi udara yang dimampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi. 

Apabila ditinggalkan di dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Hal itu boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.

5. Ubat Gegat dan Racun.

Apa jugak bahan beracun tak digalakkan untuk ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap, contohnya ubat gegat, racun rumpai dan sebagainya. 

Apabila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap. Bila korang masuk ke dalam kereta, korang akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan tanpa disedari.

6. Pemetik Api.

Biasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api, dan lazimnya ada satu disimpan di dalam kereta. Pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas!

7. Petrol Simpanan.
Ada juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tak akan terbakar tiba-tiba, tapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.

So, be CAREFUL gais!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews