25 May 2020

Rezeki, semua orang dah ditetapkan rezekinya.

Ada pepatah kata, kalau dah rezeki kita memang tak ke mana. Haa, betullah tu. Sebab, setiap makhluk Allah di muka bumi ini dah ditetapkan rezekinya masing-masing. 

Cuma, cepat atau lambat je rezeki tu bak datang dekat tuan dia. Apa yang penting, kita sebagai hamba yakin dan jangan putus asa terus menerus berdoa padaNya moga dipermudahkan segala yang sulit. InshaaAllah.

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim - Hadis Riwayat al-Baihaqi).

Tengok tu, berapa pentingnya hubungan silaturrahim tu kan, sampai baginda bersabda kaitan antara rezeki dengannya. Lagi satu, rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah jua.

Rezeki, semua orang dah ditetapkan rezekinya.
Rezeki, semua orang dah ditetapkan rezekinya. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

"Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya, tapi kejarlah keberkatannya." (Saidina Ali bin Abi Thalib r.a). 

Ehh, korang nak tau tak "rahsia" murah rezeki? Kalau istiqamah amalkan InshaAllah, Allah pasti menggandakan rezekiNya pada kita, semua dengan izin dan kehendakNya jua kan.

5 zikir pembuka pintu rezeki.

  1. LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLA - Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
  2. LA ILAHA ILLALIHUL MALIKUL HAQQUL MUBIN - Tiada Tuhan selain Allah Raja yang benar dan nyata.
  3. SUBHANALLAH WABIHAMDINI SUBHANALLAHIL ADZIM - Maha suci Allah dengan segala puji baginya Maha suci Allah Yang Maha Agung.
  4. SALLALAHU ALA MUHAMMAD SALLALAHU ALAYHI WASALLAM - Semoga Allah memberikan rahmat kepada Muhammad, semoga Allah memberikan selawat dan salam kepadanya.
  5. ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM - Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung. 

Rezeki, semua orang dah ditetapkan rezekinya.
Rezeki, semua orang dah ditetapkan rezekinya. Kredit Google. 

Haa, korang nak tau pulak 8 pintu murah rezeki? Meh baca ni. Sumber Ustaz Yahya Cambodia, Baitulmuslim.com.

  1. Jangan derhaka pada ibu bapa.
  2. Jangan bergaduh dengan saudara mara.
  3. Menunaikan haji (kalau berkemampuanlah).
  4. Istiqamah menunaikan solat sunat Dhuha.
  5. Sebaiknya, elak tidur selepas solat Subuh.
  6. Rajin baca doa Al-Waqiah.
  7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
  8. Rezeki ada pada anak.

Tapi, kita mesti tertanya-tanya, kadang-kadang kita dah buat dah semua yang cikla share dekat atas tu, tapi rezeki masih susah nak "lekat" dengan kita. Mengapakah agaknya ye. Mungkin sebab-sebab ni kot. Jom check satu-satu.

  1. Berkira, terutama dalam bersedekah walaupun dalam jumlah yang kecil.
  2. Sikit sikit merungut, nak-nak pulak melibatkan soal duit. Asyik tak cukup je.
  3. Kurang beristighfar.
  4. Suka mengungkit pemberian.
  5. Tak bersyukur, walaupun dikurniakan rezeki yang sedikit.

Bagi cikla, apa yang penting kita tak perlulah nak iri hati dan dengki pada rezeki orang lain yang mungkin lebih dari kita. Bukan apa, kita tak tau apa yang telah "diambil" darinya.

Lepas tu, kalau diuji pulak, janganlah bersedih berlebihan, sebab kita tak tau apa ganjaran yang kita akan dapat dari "ujian" tersebut. Husnuzon dan doa yang baik-baik. 

InshaaAllah, semuanya pasti akan baik-baik aje. Mudah-mudahan, Aamin. 

Rezeki, semua orang dah ditetapkan rezekinya.
Rezeki, semua orang dah ditetapkan rezekinya. Kredit Google. 

Apa yang kita kena ingat lagi, rezeki juga akan datang kepada kita tanpa usaha dan doa kepadaNya, dan tak akan kekal kalau ia datang dari sumber yang haram. 

Doa dan restu dari mak dan abah juga penting untuk menjamin keberkatan rezeki yang diperolehi.

Ingatlah, rezeki bukan hanya terletak pada duit dan harta berkoyan-koyan semata-mata, tapi kesihatan, ketenangan hati, kedamaian hidup, sahabat baik yang ada di sekeliling kita, serta keluarga yang sakinah juga adalah REZEKI. 

Jadi, belajar bersyukur dan menghargai. Semoga kita semua sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan tau diri. InshaAllah.

2 comments:

  1. Tak semua ada gaji. Tapi semua ada rezeki

    ReplyDelete
  2. rezeki ni dlm pelbagai bentuk, kan.
    duit tu yg nyata.
    byk lagi bentuk lain yg kita x perasan :)

    ReplyDelete