30 May 2020

Nak jimat masa memasak, lagi lagi untuk ibu yang super busy? Guna saja perencah masak merah berempah MAGGI.

Jujurnya, mak mak macam cikla ni kalau boleh mesti nak masak menu yang cepat siap kan. Letih weh dok lama lama dekat dapur nun, lagi lagi mak mak yang memboyot macam cikla ni haa. Cengg cengg cengg, dah siap! 

Tu sebab, kalau shopping barang dapur tu cikla suka cari perencah instant, saja standby kot kot datang penyakit malas boleh guna dah. Tinggal nak beli barang basah je. Kerja pun jadi cepat. Cepat settle, cepat boleh rileks. Hihi. 

Antaranya, perencah masak merah berempah ni. Sebelum ni cikla pernah share perencah sambal tumis kan, yang ni pun ok jugak. Memamg cepat siap. Rasa lebih kurang dengan yang sambal tumis punya, tapi dah nama dia berempah, mestilah ada rasa rempah dia kan. Pada cikla, rasa rempah dia takdelah kuat sangat, kira ok ok laa. 

Nak jimat masa memasak, lagi lagi untuk ibu yang super busy? Guna saja perencah masak merah berempah MAGGI.
Nak jimat masa memasak, lagi lagi untuk ibu yang super busy? Guna saja perencah masak merah berempah MAGGI. 

Nak jimat masa memasak, lagi lagi untuk ibu yang super busy? Guna saja perencah masak merah berempah MAGGI.
Nak jimat masa memasak, lagi lagi untuk ibu yang super busy? Guna saja perencah masak merah berempah MAGGI. 

Disebabkan rini agak kurang rajin nak pergi beli lauk, so kita masak apa yang ada dekat dapur tu. Tengok tengok ada telur je. So, masak telur je la rini ye anak anak. Semalam dah makan ikan. Kelmarin dah makan ayam. Dendeng raya pun ada lagi sikit tu. Jadilah buat tambah tambah. So, terlanjur tu meh la cikla share sekali sambal telur guna perencah masak merah berempah ni, of course cara cikla. Ni cara yang paling senang gila dan cepat desuppp nak masak. Jommm.

Resepi telur sambal perencah masak merah berempah MAGGI. 

Nak jimat masa memasak, lagi lagi untuk ibu yang super busy? Guna saja perencah masak merah berempah MAGGI.
Nak jimat masa memasak, lagi lagi untuk ibu yang super busy? Guna saja perencah masak merah berempah MAGGI. 

Bahan-bahan :

8 biji telur.
2 ulas bawang merah (hiris).
2 ulas bawang putih (hiris).
1 peket perencah masak merah berempah MAGGI. 
2 sudu besar sos cili.
3 sudu besar sos tomato. 
Minyak dan garam secukup rasa (jika perlu. 

Cara nak masak :

1. Rebus telur sampai masak, kemudian buang kulitnya. Goreng sekejap sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan. 
2. Luakkan sedikit minyak goreng telur tadi, kemudian timis bahan hiris sehingga kekuningan. Selepas tu, masukkan perencah masak merah berempah MAGGI dan sedikit air. Masak sampai masak dan tak pedas. 
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kalau nampak kering sangat masukkan sedikit air. Kacau rata. 
4. Dah mendidih, masukkan telur. Gaul rata. Kalau ikutkan tak payah dah nak tambah garam sebab memang dah ok dah rasa dia. Cun cun dah. 
5. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Nak jimat masa memasak, lagi lagi untuk ibu yang super busy? Guna saja perencah masak merah berempah MAGGI.
Nak jimat masa memasak, lagi lagi untuk ibu yang super busy? Guna saja perencah masak merah berempah MAGGI. 

Korang bolehlah tambah bawang yang dipotong bulat ke, kacang pis ke untuk hiasan. Ikut suka. Perencah ni kita boleh guna untuk ayam, daging dengan ikan jugak. Ritu cikla dah try masak dengan ikan, ok jugaklah. Sedap! 

1 comment:

  1. bagi saya personally.. pes pes macam ni memang kena ada bekalan di rumah..
    time2 pening lalat tatau nk masak apa amatla berguna..

    ReplyDelete