Kenangan masa zaman matriks yang cikla tak boleh nak lupa sampai bila-bila.

By Cikla Shahril - May 17, 2020

KENANGAN MASA ZAMAN MATRIKS YANG CIKLA TAK BOLEH NAK LUPA SAMPAI BILA-BILA. Bila baca kisah cikpuan founder MMG flashback kisah zaman masa jadi student dulu, tetiba teringat kisah lucu tapi sadis masa cikla stadi dekat matriks. Masa tu tahun 2000. Dah 10 tahun berlalu, tapi kesadisannya memang cikla takleh lupa. Golden moment bak kata omputih.

Cikla agak sapa yang pernah jadi student tak kira kolej ke U ke mesti tak terlepas dari 'pembulian' rakan sebaya nak nak pulak bila jadi tiba time birthday. Lagi lagi kalau korang dapat member yang kepala hotak gila gila kuat MENYAKAT. Macam cikla, dua minggu sebelum ke sebulan sebelum (lupa dah), dorang dah lancarkan misi. Memula, spek cikla disorok. Sadiss wehh time kuliah nak tengok lecturer tulis apa dekat depan pun tak nampak. Lepas tu, diikuti dengan  kisah penyorokan baju kuliah, dan macam-macamlah. Teliti sungguh dorang buat plan nakal dorang tu. 

Kenangan masa zaman matriks yang cikla tak boleh nak lupa sampai bila-bila.
Kenangan masa zaman matriks yang cikla tak boleh nak lupa sampai bila-bila. Gambar kredit Google.

Dan kemuncak kepada hari jadi cikla tu, dorang pergi 'tangkap' cikla ramai-ramai, siap ikat lagi usung pergi bilik air. Bila dah sampai sana, korang taulah apa jadi kan. Habis cikla dimandikan dengan air 'bunga', haha. Yang tak tahan, siap takbir raya lagi sebab rasanya time tu raya haji dan kitaorang tak balik kampung. MasyaAllah, rasa macam nak kena 'korban' pulak. Tapi, memang kaw-kaw cikla kena dengan dorang. 

Cikla ada simpan lagi buku kronologi dorang start dari awal plan dorang. Bila ingat balik memang kelakar pun ada, terus rindu dengan geng satu aras, Kolej Matrikulasi Londang batch 2000-2002. La ni memasing dah berkerjaya dan berkeluarga. Since habis matriks, memasing sambung belajar ke U, memang dah tak jumpa dah. 10 tahun kot, tapi kenangan tu memang tak kan cikla lupa. Boleh senyum sorang kalau teringat.  

Korang pun ada kenangan masa belajar yang memang tak boleh lupa? Share jom. 

#mengimbaukenanganlalu

  • Share:

You Might Also Like

2 Orang yang komen.

  1. Zaman sekolah/Zaman Kolej/ Zaman U memang paling syok la sebab duk dengan kawan-kawan yang best! Banyak betul kenangan

    ReplyDelete
  2. matriks kat londang?
    dekat nyer lah dgn kampung aida kat kuala sg baru.

    aida pun paling suka zaman matriks. masa tu tak fikir pasal study lagi.
    2 thn matriks, 2 thn honeymoon. masuk main campus baru study by hard.

    ReplyDelete