10 May 2020

Resepi sambal tumis udang mudah guna pes MAGGI.

Dah siap masak juadah berbuka ke tu? Cikla baru je siap masak, ni baru ada can regang-regangkan otot urat semua ni. Hari ni cikla masak simple je. Masak sambal udang, pastu kuah lemak pucuk paku tempe, kita calling calling ye. Haha. Bukan tak masak banyak-banyak, nanti bukak puasa dorang tak makan banyak pun. Banyak makan makanan yang dibeli. Haha. Last, lauk yang di masak perangat masa sahur.

Oh ye, cikla sebenarnya nak share pasal pes sambal tumis keluaran MAGGI. Ni rasanya salah satu produk terbaru MAGGI sempena bulan puasa ni. Lagipun cikla pernah tengok iklan produk ni dekat TV. And first time nampak. Pada cikla kan, pes ni amat membantu ibu-ibu yang nak cepat siap masak. Nak-nak pulak ibu-ibu yang ada anak kecik. Time anak tidur, ahaa time tu laa bergegas ke dapur siapkan juadah. Betul?

Cikla nak tunjuk lah cara mudah nak guna pes ni. Kebetulan hari ni, encik suami beli udang besar la jugak, kebetulan ada jual murah sekilo RM40, so buat sambal je la. Simple dan cepat kan. Sejak perut dah terboyot ni, malas nak bertapa dekat dapur lelama. Haha. Lenguh kaki wehh.

Resepi sambal tumis udang mudah guna pes MAGGI.
Resepi sambal tumis udang mudah guna pes MAGGI. 

Bahan-bahan :

15 ekor udang sederhana besar.
1 biji bawang merah (hiris). 
3 ulas bawang putih (hiris).
1/2 inci halia (hiris)
1 peket pes sambal tumis MAGGI.
1-2 sudu cili giling. 
1 labu bawang besar (potong bulat). 
Garam, gula, sos tomato, sos cili dan minyak untuk menumis.

Cara nak masak :

Udang dibuang kulit tinggalkan kepala dengan ekor je. Cuci bersih kemudian lerap sekejap dengan garam dan serbuk kunyit. Panas kan minyak, then goreng udang sekejap. Jangan lama. Angkat dan ketepikan. Luakkan sedikit minyak, kemudian tumis bahan dihiris sampai kekuningan. Kemudian, masukkan pes sambal tumis MAGGI dan cili giling. Then, masukkan sedikit air. Masak cili tu sampai garing dan tak pedas.

Resepi sambal tumis udang mudah guna pes MAGGI.
Resepi sambal tumis udang mudah guna pes MAGGI. Gambar kredit Google. 

Selepas tu, masukkan sos cili dan sos tomato bersama garam dan gula. Sesuaikan rasa. Yang part sos tu, cikla agak je. Kalau korang suka masam-masam sikit, lebihkan sos tomato. Kalau nampak kering masukkan sedikit air. Lepas tu, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Biar kejap. Last, masukkan udang tadi dan gaul rata. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Inilah diaa. Kita kasi closeup lagi. Look yummy kan. Udang pun tadi memang nampak fresh. Hope rasanya sedaplah kan. Hihi. 

Resepi sambal tumis udang mudah guna pes MAGGI.
Resepi sambal tumis udang mudah guna pes MAGGI. 

Selamat mencuba! 

2 comments:

  1. Alhamdulillah sedap
    selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  2. Tak jumpa lagi pes ni..boleh cari standby kalau buntu nak masak apa lepas ni

    ReplyDelete