Alhamdullilah, dah 34 minggu. Makin dupp dapp dupp dapp pulak rasa.

Ikut perkiraan, kandungan cikla dah masuk 34 minggu dah. Alhamdullilah, syukur. Ada lagi lebih kurang sebulan sebelum cikla melahirkan si kenit dalam perut ni. 

Jujur, pregnant kali ni memang sangat mencabar bagi diri cikla sendiri tentunya. Iyelah, kali ni mengandung dengan 'masalah' kesihatan sendiri. Setiap bulan memang kerjanya ulang alik ke klinik dengan hospital je. Tapi, takpelah. Demi anak ibu, insha'Allah ibu akan terus kuatkan semangat. Yang penting, baby sihat dan takde masalah. 

Terbaru, cikla dikesan ada GDM pulak masa lepas buat ujian minum air gula kali kedua, 2 minggu lepas. Kali pertama ok je, walaupun result macam border line. Tapi, kali ni tak bagi can, haa kau terus 7.9 dia bagi lepas minum air gula. 

Done buat BSP kali pertama hari tu, alhamdullilah result ok. Tak perlu on ubat atau insulin, just control diet dan kawal pemakanan je. Bab kawal mengawal ni memang fuhhh, mencabar jugak. Sebab dah masuk trimester ketiga ni memang lapar sokmo. Nak makan je. Sabooo ajelah. 

Alhamdullilah, dah 34 minggu. Makin dupp dapp dupp dapp pulak rasa.
Alhamdullilah, dah 34 minggu. Makin dupp dapp dupp dapp pulak rasa. Gambar diubahsuai dari carian Google. Bukan gambar baby cikla tau. 

Baby? Alhamdullilah, ok sihat je. Tu yang penting. Aktif pun boleh tahan gak dalam perut ni, kalau tiba time dia nak pusing tu memang senak jugaklah. Suka kick rusuk ibu. Sometimes, nafas macam rasa pendek. Maklumlah, baby makin besar, so ruang kat dalam tu makin sempit. Bertabahlah wahai ibu. 

Carta pergerakan baby pun dah start kena catit pertengahan bulan April ritu. So far, baby gerak ok. Mostly, pukul 6 petang dah complete 10 kali gerak. Berat cikla pulak, asyik turun naik je. Check semalam, turun 100 gm. Mungkin sebab cikla tak lunch dulu sebelum pergi appointment belah petang semalam. Maybe

Bacaan tiroid cikla, so far ok normal, tapi bacaan TSH naik balik. So, doktor naikkan dose ubat. Everyday kena amik 150mg thyroxine. And also, obimin dan calcium carbonate kena continue amik macam biasa. 

Alhamdullilah, dah 34 minggu. Makin dupp dapp dupp dapp pulak rasa.
Alhamdullilah, dah 34 minggu. Makin dupp dapp dupp dapp pulak rasa.

Alhamdullilah, dah 34 minggu. Makin dupp dapp dupp dapp pulak rasa.
Alhamdullilah, dah 34 minggu. Makin dupp dapp dupp dapp pulak rasa.

Apa yang cikla rasa bila dan hujung-hujung trimester ketiga ni? Tentunya, badan rasa cepat letih, plus pinggang punggung, betis kaki semua lenguh. Tapi, syukurlah kaki je tak bengkak. 

Lagi? Selalu pergi toilet. Kejap kejap nak buang air, walaupun baru je pergi buang air. Lagi? Rasa macam tak cukup nafas. 

Dah tanya doktor, doktor cakap itu normal sebab perut makin besar, so paru-paru tak dapat nak berkembang dengan penuh. Kalau jadi camtu, apa yang cikla buat, cikla tarik nafas dalam-dalam, lepas tu hembus laju-laju ikut mulut. 

Alhamdullillah memang rasa selesa sikitlah. Lagi satu, lately macam susah nak membuang pulak. Mungkin sebab cikla kurang amik buah dengan sayur. 

Fuhhh, doakan cikla ye. Risau jugak ni. Memanglah dah ada pengalaman bersalin sebelum, tapi orang cakap lain anak lain 'rasa' dia kan. Cumanya, feel time kontraksi tu samalah. insha'Allah, nanti cikla bersalin di Hospital Putrajaya. Barang baby pun ready dah tu. 

Alhamdullilah, dah 34 minggu. Makin dupp dapp dupp dapp pulak rasa.
Alhamdullilah, dah 34 minggu. Makin dupp dapp dupp dapp pulak rasa.

Moga semuanya baik-baik aje dan dipermudahkan. Aamiin. 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews