Advertisment

Nak tau tak petua elak kembung perut masa berpuasa? Meh baca ni.

Assalamualaikum, hai korang. 

Bulan puasa pun dah nak sampai ke minggu terakhir kan. Allahu, kejapnya berlalu masa kali ni. Adakah daku yang terleka? Ampunkan daku Ya Allah. Moga segala amalan kita diterima olehNya dan beroleh ganjaran pahala. InshaaAllah.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu, cikla nak tanya ada tak kawan-kawan cikla ni selalu kena masalah kembung perut time bulan puasa? Korang tau tak kenapa boleh jadi camni? Basically, benda ni jadi mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan yang tak seimbang masa korang bersahur dan berbuka. Maklumlah, juadah macam-macam terhidang dekat atas meja tu kan. Tak makan kang  rugi dan membazir pulak. Hihi.

Lagi satu, kembung perut ni jugak disebabkan oleh penghasilan gas berlebihan dalam perut dan usus korang tu. Dia ni jadi efek dari tindak balas bakteria dalam usus yang hasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen (kedua-duanya tanpa bau) masa memecahkan karbohidrat dan protein (tapi, ada sebahagian kecil boleh keluarkan bau busuk). 

Nak tau tak petua elak kembung perut masa berpuasa? Meh baca ni.
Nak tau tak petua elak kembung perut masa berpuasa? Meh baca ni. Gambar diubasuai dari carian Google. 

So, antara penyebab kembung antaranya:

  • Makan yang tergesa-gesa. Nak pergi mana wehh makan cepat-cepat. Haha. Rileks lah kunyah pelan-pelan. 
  • Korang memang ada masalah gangguan sistem penghadaman. 
  • Kes makan terlalu banyak. Ni konsep rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Lagi pun elak pembaziran kan. Kihkihkih. 
  • Korang yang suka makan makanan pedas, berlemak dan minum minuman bergas. 
  • Kurang minum air.

Untuk pengetahuan korang jugak, ada sesetengah gangguan, contohnya penyakit peptik ulser yang mana ia melibatkan pengeluaran air liur secara berlebihan jugak boleh bagi kesan kemasukan angin. Akan tetapi, kalau masalah kembung yang berlebihan ni pulak mungkin tanda atau gejala dari :

  • Penyakit Crohn atau Radang di usus kecil yang mana terdapat penyumbatan pada usus. 
  • Diverticulitis. 
  • Jangkitan bakteria dan protozoa di dalam sistem penghadaman. 
  • Penyakit dalam usus. 
  • Alahan terhadap laktosa. Jenis yang tak boleh minum susu. 
  • Pembiakan bakteria di dalam usus, mungkin disebabkan oleh sesetengah antibiotik. 
  • Hernia.

Antara tanda-tanda dan gejala dia adalah, perut sebu dan kembung, rasa letih, pernafasan jadi tak selesa dan selalu atau kerap kentut. Ehh, korang jangan risau. Setiap benda pasti ada jalan penyelesaiannya. So, antara tip yang korang boleh apply untuk mereka selalu kena masalah kembung perut terutama di bulan puasa ni adalah :

  1. Minum banyak air beralkali masa berbuka dan bersahur. 
  2. Sebaiknya, elak makan makanan terlalu pedas dan berlemak. 
  3. Kurangkan pengambilan minum air bergas atau berkarbonat. 
  4. Jangan makan makan terlalu banyak skaligus. Makan sikit-sikit tapi kerap itu lebih baik. 
  5. Masukkan secubit garam di dalam air beralkali masa bersahur.

Moga bermanfaat.

Post a Comment

1 Comments

  1. Selalu juga kembung perut sebab masuk angin.. Rasa berat dan sakit-sakit badan..

    ReplyDelete