Jadual kehidupan harian yang di susun oleh Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.

Al Fatihah (dibaca) untuk Ustaz Ismail Kamus. Jom kita cuba  amalkan jadual kehidupan harian arwah semasa arwah masih hidup. Moga bermanfaat.

1. Bangun malam (sekitar jam 3 pagi) - Mandi dan ambil wuduk.

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (minta pada Allah makbulkan permintaan kita dan bila-bila masa kita minta).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfar 100x.

8. Tahlil 300x - Laillahhaillallah 

9. Baca Doa Nabi Yunus 40x.

10. Tasbih 40x.

11. Solat Sunat Fajr. 

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas Subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum. 
- Solat sunat selepas.
16. Solat Asar - Solat sunat sebelum.

17. Solat Maghrib - Solat sunat selepas.

18. Solat Isyak. 
- Solat sunat sebelum. 
- Solat sunat selepas.

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran. 
- Surah Al-Mulk. 
- Surah Sajjadah. 
- Surah Al-Waqiah.

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit. “Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat." - Ustaz Ismail Kamus.

Jadual kehidupan harian yang di susun oleh Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
Jadual kehidupan harian yang di susun oleh Allahyarham Ustaz Ismail Kamus. 


Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia. 
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak. 
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan. 
  • Allah akan sibukkan kita dengan harta. 
  • Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. 

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud. 

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali. 

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat. 

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Jadual kehidupan harian yang di susun oleh Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
Jadual kehidupan harian yang di susun oleh Allahyarham Ustaz Ismail Kamus. 


Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi.

Kredit : tazkirah hati. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews