Resepi mudah kari udang kuah kaw pekat melekat cara cikla.

Tengah fikir menu apa nak masak petang nanti ke? Meh cikla nak share menu senang nak masak kari udang kuah pekat cara cikla. Resepi yang cikla share semua ringkas dan mudah je, mungkin bermanfaat untuk mereka yang baru nak belajar masak. Bahan yang digunakan pun tak susah nak cari dan nak masaknya pun senang. Pada yang dah tahu masak tu, skrol laju-laju entri ni. Haha. Jom tengok bahan dulu.

Resepi mudah kari udang kuah kaw pekat melekat cara cikla.
Resepi mudah kari udang kuah kaw pekat melekat cara cikla. 

Bahan-bahan:

15 ekor udang bersaiz besar/sederhana besar.
1 biji bawang besar (hiris).
3 ulas bawang putih (hiris).
1/2 inci halia (hiris).
1 tangkai daun kari. 
1 peket serbuk kari ayam/daging BABAS.
1 kotak santan.
Sedikit kulit kayu manis, biji halba dan 1 kuntum bunga lawang. 
Minyak, garam dan sedikit serbuk kunyit.

Cara:

1. Udang dibuang kulit tengah tinggalkan kepala dengan ekor je. Cuci udang sebersihnya dan perap dengan garam dan kunyit.
2. Dalam periuk yang sesuai, masukkan minyak dan tumis bahan dihiris bersama biji halba, kulit kayu manis, dan bunga lawang sampai kekuningan.
3. Selepas itu, masukkan rempah dan daun kari  bersama sedikit air. Tumis sampai rempah garing dan naik bau.
4. Bila dah naik bau, masukkan santan. Tambah air sikit. Biarkan mendidih. Bila dah mendidih, masukkan udang. Tambah air kalau nampak kuah pekat sangat. Biar sampai udang masak dan kuah menggelegak balik, biar pekat sikit kuah dia. Last, tabur garam dan sesuaikan rasa.
5. Bila semua dah ngam, sedap tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Inilah dia, kita kasi closeup.

Resepi mudah kari udang kuah kaw pekat melekat cara cikla.
Resepi mudah kari udang kuah kaw pekat melekat cara cikla. 

Resepi mudah kari udang kuah kaw pekat melekat cara cikla.
Resepi mudah kari udang kuah kaw pekat melekat cara cikla. 

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews