Sebelum ni kita tau asam jawa kita tambah dalam masakan kan, sebagai penyedap rasa. Ada jugak yang suka buat minuman, lagi lagi yang selalu sakit tekak tu.
Tapi, rupanya asam jawa bukan setakat yang cikla nyatakan dekat atas tu, banyak lagi kebaikan dia terutama dalam kesihatan seisi keluarga. Kegunaan yang paling popular adalah untuk menurunkan suhu badan anak yang demam.
Kalau yang ni memang betul, sebab cikla memang apply dekat anak cikla kalau diaorang demam. Memang habis satu badan, start dari kepala, celah ketiak, pelipat kaki, badan semua cikla sapu dengan asam jawa yang dah dibancuh dengan sedikit air. Jangan cair sangat bancuhan dia, pekat sikit pun takpe.
Serius, memang cepat kebah panas badan dia. Ada jugak yang buat cara ni untuk baby, iaitu ambil segenggam asam jawa lepas tu ramas dalam semangkuk air sebelum air tu dilumurkan atas kepala baby sambil berselawat. Sama juga cara cikla tadi kan, cumanya cikla tala satu badan. Hihi. Biar cepat sikit turun panasnya.
Selain tu, asam jawa jugak dikatakan boleh bantu meredakan batuk atau sakit tekak. Cara pun senang je, just ambil air asam jawa yang mana ia telah campur dengan sedikit gula air, kemudian ditapis sebelum diminum.
Dalam masyarakat Melayu pulak, ada yang percaya asam jawa boleh bantu melegakan rasa sakit akibat sengatan lipan atau lebah.
Caranya, ambil 3 hingga 5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Tumbuk biji asam jawa tu sampai halus.
Memula, sapukan minyak kayu putih tu pada tempat yang bengkak. Tapi, sebelum sapu tu bersihkan dulu kawasan bengkak dengan kain.
Lepas dah sapu, baru taburkan atau tepekkan biji asam jawa yang dah ditumbuk tu pada tempat yang sama. InshaAllah, rasa sakit akan semakin berkurang.
Kadang-kadang, petua orang lama ni memang berkesan kan, terutama untuk jenis yang ringan ringanlah. So, tak salah kalau kita nak mencubanya. Tapi, kalau sakit berlarutan elok jumpa doktorlah ye dapatkan rawatan lanjut.
Kredit Ruangan WM, Akhbar Harian Metro.
haritu sakit tekak, buat air asam jawa pekat memang cepat eloknya..
ReplyDelete