3 makanan terapi jiwa.

Memang tak dinafikan, melakukan akiviti sepanjang hari membuatkan kita terasa lesu, letih, mood swing dan sebagainya. Untuk release balik rasa tak best ni semua, lain orang lain caranya. Betul tak? Ada orang suka shopping, tengok wayang, dan paling tak pun tidur untuk melegakan rasa letih lesu tu semua. Tapi, sebenarnya korang boleh mengatasi masalah ini dengan pemakanan. Apa yang pasti, ia melibatkan pemakanan yang sihat. Kalau korang nak tau, ada kajian yang mengatakan makanan-makanan ini mampu memulihkan emosi terutama ketika kita sedang sedih dan emosi tak stabil. Antara makanan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 

Strawberi.

Makanlah buah strawberi bersama dengan krim putar selain dari ia dikisar untuk dijadikan jus atau dimakan bersama ais krim. Rasa masam manis yang dimiliki oleh buah ini sebenarnya kaya dengan vitamin C dan flavonoid iaitu sejenis antioksidan yang mana ia dikatakan dapat membantu menjadikan badan kita kekal sihat dan mampu menenangkan saraf kita.

Teh hijau.

Bagi peminat teh terutamanya penggemar teh hijau, korang bolehlah tersenyum lebar sebab teh hijau termasuk dalam senarai makanan terapi jiwa yang mampu menenangkan.Ini kerana, teh hijau mengandungi antioksidan yang mampu membuatkan korang tidur lena. Untuk lebih sihat, pilihlah teh hijau organik dan minumlah tanpa gula. 

Ais krim.

Wah, kalau ni lagi best. Makan je ais krim kalau nak meredakan jiwa yang beremosi tu. Ais krim dikatakan mampu 'menyejukkan'hati korang yang panas tu. Just pilih flavour kegemaran korang, dan nikmatilah ia. Pasti masalah dan tekanan korang akan dilupakan walaupun sekejap kan. Cubalah!

Selamat  mencuba.

Kredit : Gen.Y, Harian Metro.

4 comments:

  1. Bolehlah cuba petua pemakanan ni.

    ReplyDelete
  2. aiskrim tu yes... mmg sgt menenagkan..lagi satu coklaat...haaaa, bagi 10 pon takpa..cikyan bl;h abiskan...heaven sgt bila jumpa dua benda tuh..

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. tiga-tiga tu aida suka!! nice sharing... ^^

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews