21 August 2015

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Hishhh, ada lagi rupanya story jalan-jalan ke Melaka ni. Ingatkan dah abis. Ehh, ada lagi la adik-adik sekalian. Nanti kalau tulis sekali harung kang berjela-jela lak entri ni. Korang gak yang kebosanan. Ye tak. Tu yang cikla nak story part by part ni. Kalau ada yang belum baca entri cikla sebelum ni (jalan-jalan Melaka part 1) klik sini

Sebenarnya cikla nak share beberapa tempat lagi yang cikla sempat pergi. Maklumlah, bukan selalu sampai sana. Sekali sampai kita pusing sampai lebam, hahahaha.

Tempat pertama ialah MELAKA RIVER CRUISE.

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Ha, dalam gambar kat bawah tu tiket untuk naik bot. Bayaran dikenakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Harganya agak berpatutan. Bolehlah untuk sekali-sekala, bukan selalu pun. Ye tak?

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Bot itu akan membawa kita menikmati keindahan dan kecantikan tempat sepanjang sungai Melaka. 

Berserta dengan tiket, ada jugak cenderamata untuk penumpang iaitu biskut homemade dan mineral water untuk bekalan penumpang semasa menaiki bot nanti. Cikla tak snap gambar cenderamata tu pulak gais.

Sebelum kita naik bot, ada disediakan perkhidmatan mengambil gambar kenangan. Nanti bila dah turun dari bot, mereka akan offer kita gambar yang mereka ambil sebelum kita naik bot. Kalau tak silap cikla, rm50 satu set.

Di sepanjang perjalanan menaiki bot, banyak pemandangan menarik yang kita dapat lihat. Kebanyakan bangunan di kiri dan kanan sungai dilukis (wall art) untuk menjamu mata pengunjung. Memang menarik dan kreatif. 

Lukisan-lukisan adalah berkaitan dengan sejarah Melaka kerana mungkin ini salah satu cara mereka nak perkenalan sejarah Melaka kepada pengunjung.

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Tengok dalam gambar kat atas tu, menarik kan? Selain itu, tempat-tempat sejarah seperti Kampung Morten iaitu perkampungan yang tertua di Melaka juga dipamerkan di tebing sungai. Tapi, sekarang perkampungan tersebut dijadikan homestay.

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Yang kat atas ni gambar kincir air masa zaman pemerintahan Melayu Melaka. Besarnya kan? Bertuahnya kita dapat tengok senibina orang dulu-dulu. Bak kata pepatah, takde dulu, takde sekarang. Ye tak? 

Tempat kedua PANTAI KLEBANG.

Lepas kami puas pusing-pusing bandar, perut pun dan mula menyanyikan lagu pop rock, apa lagi, laparlah. 

So, kami ambil keputusan nak pergi makan kat pantai Klebang ajelah. Selalunya kalau kawasan pantai mesti ada gerai-gerai makan. Best apa makan tepi pantai, dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. siyokkknyaa, hehe.

Kedudukan pantai tak jauh dari pusat bandar Melaka. Jalan pun dah cantik, dan kebanyakan kawasan pun sedang dinaiktaraf dengan percambahan kedai-kedai (maybe nak buat hotel baru kot) dan perumahan baru. Sampai sana kami terus cari port nak makan.

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Rekabentuk gerai ni memang menarik sebab ia dibuat dari bas terpakai. Menu-menunya pun best jugaklah, kebanyakannya masakan goreng-goreng dan burger. Sebelum tunggu makanan sampai kita posing dulu.

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Lepas makan, perut pun dah kenyang apa kata kita jalan-jalan pantai kejap sebelum kita balik. Cantiknya pantai, bersih dan anginnya pun sepoi-sepoi bahasa. Mendamaikan. 

Anak-anak cikla apa lagi. memang mereka ni pantang bila tengok pantai, nak main air la tu. isshhhh, budak-budak biasalah, excited lebih.

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Ok semua, dah tiba masanya kita pulang ye anak-anak. Dengan masa yang agak terhad (satu hari suntuk) banyak jugak tempat yang sempat kami kunjungi. Insyaallah kalau ada masa kita ke jalan lagi sini. Kita stay pulak barang semalam dua.

Baru boleh round satu Melaka. Betul tak?

No comments:

Post a Comment