'Santai Tapi Sampai'

11 August 2015

Open house raya 2015.

Aiyakkkk, baru dapat bukak belog. Biasalah, lately cikla bizi memanjang. Kalau siang memang confirm bizi urus rumahtangga (cewahh ayat tak boleh blahh. Haha). 

Bila malam pulak, dah tired and apa lagi zzzzzz la. Sebenarnya, cikla dah set dalam kepala macam-macam nak share dengan korang. Cuma time je yang takde. 

Ok ok, malaslah nak mengomel panjang. Cikla nak share aktiviti cikla sabtu lepas. Al-kisahnya, pada sabtu lepas cikla dan hubby adalah buat open house raya secara kecil-kecilan.

Takdelah grand sangat. Hehe. Kami just jemput sedara-mara rapat dan kawan-kawan opis hubby je and kawan-kawan rapat cikla (itupun tak semua yang mai). 

Adalah berapa keping foto yang sempat cikla amik. Takdan nak bergambar sangat, ye lah nak layan tetamu lagi. Hehe. Ada jugak picture cikla grab dari FB cousin hubby.

Open house raya 2015.
Open house raya 2015.

Haaa, inilah main menu kami. Kambing tergolek. Dua ekor sekali tergolek. Haha. Memang yummy. Cikla yang sebelum ni yang tak makan kambing pun tetiba tersuka pulak dengan menu ni. Sedapnya. 

Gambar menu lain takdan nak snap. Cikla listkan je la ek. Antaranya adalah sate, nasi impit, kuah kacang, nasi hujan panas, ayam masak merah, dengan acar mentah. Jangan ingat cikla masak ni semua tau. Haha. Memang taklah. 

Kami order aje. Senang. Siapkan fulusnya aje, beres sih. Haha. Yang paling havoc sekali ada acara makan durian free. Haha. Memang tak termakan.

Open house raya 2015.
Open house raya 2015.

Gambar kat atas tu pulak, air-air yang kami hidangkan untuk tetamu. Yang dok peace tu adik cikla, tukang jaga air. 

Haha, saja dok dera dia aritu. Takpelah, sekali sekala, bukan selalu. Yang belakang tu pulak adik ipar. Bizi kemain nampaknya, ke buat-buat bizi. Haha.

Open house raya 2015.
Open house raya 2015.

Gambar atas ni cikla grab dari fb sepupu hubby. Yang comey tu sepupu hubby, alamak. Ada pulak gambar teman di situ, haha. Malunya (blushing jap). Jangan dok posing sakan tu my hubby la (baju biru topi koboi). Kemain posing yee laling, tak ingat dunia, haha. Tengok tu durian sebakul pun nak interprem gak. Hahahaha.

Open house raya 2015.
Open house raya 2015.

Open house raya 2015.
Open house raya 2015.

Dua picture di atas ni gambar adik-adik cikla, mak dan mak sedara  cikla and kawan-kawan hubby yang datang. Memasing tengah kusyuk menikmati hidangan. Jemput jemput semua, hehehe. 

So, ini jelah gambar-gambar yang sempat di amik. Jadilah kan, dari takde. Boleh buat kenangan, hehe. 

Oklah, cikla nak ucapkan terima kasih pada yang sudi meluangkan masa datang ke open house ini. Yang cikla tak invite tu janganlah marah. InsyaAllah ada rezeki tahun depan cikla jemput okey.

4 comments:

  1. kambing golek sedap tu ;)

    ReplyDelete
  2. wow meriahnya.
    dh kira grand la ni cik la. hihihi
    kammbing tergolek la jd tumpuan, kan !

    ReplyDelete