Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.

Wah wah, review lagi. Saja cikla nak promote barang yang baik (bagi pendapat cikla la). Mana tau, kot-kot ada yang mencari-cari losyen yang sesuai untuk diri. Baiklah, cikla nak cerita pasal satu produk bagus, iaitu losyen sejuta khasiat ANUGERAH.

Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.
Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.

Cikla dan suami memang guna losyen ni. Baunya memang harum (haruman apple garden). Kalau pakai memang wangilah. Ia bukan sekadar losyen biasa (untuk kecantikan dan kesihatan) tapi ia terhasil dari 4 gabungan yang akan beri kesan terbaik kepada kita. Antara kelebihan losyen ini adalah, ia dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa pilihan bagi merawat, melindung dan mencapai hajat (dengan izin Allah).

Selain itu, haruman Apple Garden yang segar serta sesuai digunakan setiap masa, di samping herba tradisional yang terbukti berkesan untuk mencantikkan kulit dan bantu hilangkan kesakitan. Losyen ini juga mempunyai tekstur yang lembut, halus serta tak melekit. So, ia mudah meresap ke dalam kulit serta cepatkan proses pemulihan.

Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.
Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.

Untuk pengetahuan semua, losyen ini mengandungi ekstrak lengkuas, ekstrak serai, ekstrak limau purut, ekstrak minyak kayu putih, ekstrak halia, ekstrak daun bidara, ekstrak avokado, menthol, methyl salicate, carbomer, minyak wangi dan air.

Cara nak guna pun senang sangat, just sapu pada bahagian badan atau tempat yang sakit sambil membaca al-Fatihah serta berselawat. Tapi kena ingat, ia hanya untuk kegunaan luaran sahaja, serta pastikan losyen tak dilangkah sebab losyen dah dibaca dengan ayat Al-Quran.

Harganya pun berpatutan, hanya RM26 (Semenanjung) dan RM31 (Sabah Sarawak). Nak dapatkannya pun senang, ada dijual di kedai-kedai ubat. Losyen ni ada jugak dijual online rasanya. Cikla memang guna losyen ni. Kalau lenguh-lenguh badan ke, sakit-sakit kaki ke, cikla sapu losyen ni, alhamdullilah hilang. Apa yang penting tawakal dan banyak berdoa...

For more info, just click SINI.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews