19 August 2015

Tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung.

Ramai orang cakap, rambut adalah mahkota wanita. Tak kiralah wanita bertudung atau sebaliknya. Hmmm, betullah tu. Sebenarnya, tersangatlah penting bagi seorang wanita menjaga kesihatan rambut supaya pelbagai masalah dapat dielakkan.

Maklumlah macam-macam boleh jadi kalau tak jaga rambut. Rambut bercabanglah, rambut keringlah dan lain-lain. Sebenarnya, ada tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung. Inilah yang cikla nak share ni.

Rambut dan kulit kepala memang tak boleh dipisahkan. Bagaikan irama dan lagu. Sebab tu, penjagaan kulit kepala juga kita jangan pandang ringan. Ia sama penting. 

Banyak sebab kenapa rambut kita mudah kering dan rosak, antaranya hormon, cuaca, pengambilan ubatan, kurang air/mineral dalam badan, pemakanan yang tak betul, penggunaan produk yang tak sesuai dan faktor gaya hidup kita sendiri.

Bagi cikla wanita bertudung kena lebih peka dalam penjagaan rambut mereka sebab ada sesetengahnya 12 jam bertudung (kekangan kerja). Jadi, tips ni berguna sangat.

Tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung.
Tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung. Kredit Google. 

Untuk pengetahuan korang, pemilihan material tudung adalah sangat penting. Sebaiknya, tudung yang dapat serap peluh dengan baik. Selain itu, kalau boleh cuci rambut setiap hari dan jangan lupa guna perapi sekali. 

Kita sangat tak digalakkan *amaran keras supaya tak memakai tudung dalam keadaan rambut masih basah. Sebelum memakai tudung, pastikan rambut betul-betul kering. Pastikan jugak rambut korang telah dilap atau dikeringkan betul-betul menggunakan tuala.

Di samping itu, pilih produk yang sesuai dengan rambut. Jangan main hentam je. Kalau tak pasti tanya pada yang pakar. Pastikan tidur cukup 8 jam sehari sebab ia juga penting untuk mendapatkan rambut yang sihat.

Pengambilan makanan yang seimbang jugak penting dan kalau nak ambil supplement untuk kuatkan akar rambut pun digalakkan jugak tapi pastikan ia mendapat nasihat pakar.

Sebaiknya, korang buatlah rawatan rambut secara konsisten dan masa rehat kalau boleh lepaskan rambut dan anginkan seketika di tempat yang tertutup. 

Pada sesiapa yang ada masalah rambut, cubalah tips kat atas. Jagalah anugerah yang dikurniakan kepada kita sebaiknya. 

Sumber majalah wanita.

1 comment: