Advertisement

Nak tegur boleh, tapi...

NAK TEGUR BOLEH, TAPI... Kritik, kutuk, kritik, kutuk. Memang dah lumrah kot. Ada orang suka cari salah orang lain. Tapi, salah sendiri.. harammmm tak nampak pun. Tak taulah memang tak nampak atau buat-buat tak nampak... entahlah.. waallahualam....

Nak tegur boleh, tapi...
Nak tegur boleh, tapi... Image ihsan google.

Nak tegur boleh, tapi...

Sebenarnya, bagi cikla pulak bukan tak boleh nak kritik ke apa. Itu hak masing-masing. Tapi, biarlah kena pada tempatnya. Lagipun, kita semua bukanlah sempurna sangat. Setiap orang pasti ada lebih dan kurangnya.

So, kalau nak kritik tu janganlah macam kau tu perfect sangat. Tak pernah buat silap or apa.

Lagi satu, kalau nak menegur biarlah kena pada tempat dan keadaannya. Walau macam mana pun, kita kena jaga jugak air muka orang yang kita tegur tu.

Bagi cikla, ada pulak sesetengahnya suka tegur di depan khayalak ramai. Dah la tegur tak kena tempat, pastu bahasanya pun bukan main cantik lagi.

Amboi amboi, cuba bayangkan kalau awak kat tempat dia, apa rasa awak pulak?

Kalau betul pun dia memang salah, tapi semuanya biarlah kena gayanya. Mentang-mentanglah dia salah, awak nak tunjuk "bagus"lah tu, semua tolak tepi. Tak boleh macam tu.

Aiseyy, teremosi pulak dah. Tapi, apa yang penting menegur biarlah berhemah dan berhikmah. Sama-sama kita muhasabah diri. Semoga kita semua dirahmati dan diampunkan dosa olehNya.

Amin Amin Amin... 

Post a Comment

6 Comments