Advertisement

Dugaan : Abah excident!

DUGAAN : ABAH EXCIDENT! Ermmm, dugaan untuk kami sekeluarga. Kelmarin, abah cikla mengalami kemalangan. Motor dengan motor. Terkejut jugak cikla bila dapat berita ni. Itu pun mak cikla call bagitau.

Kisahnya bermula begini. Dalam pukul lebih kurang 5 petang kot, abah cikla keluar sebab nak pergi kedai. Lepas dah pergi kedai, dia singgah kat kedai motor sebab nak pam tayar motor yang kekurangan angin. Dah selesai pam, dia pun nak buat u-turn untuk balik rumah. Entah macam mana, tetiba ada motor dari arah yang bertentangan datang menghentam motor abah. Memang tak dan lah nak elak. Tapi, yang hairannya abah cakap memang dia dah confirm takde kenderaan. Tu la, malang tak berbau kan. Dah nak kena. Nak buat macam mana...

Dugaan : Abah excident!

Hentaman kuat menyebabkan ibu jari kanan abah cedera agak teruk. Hampir putus. Ya Allah, kesiannya. Masa kejadian abah sedar dan boleh bangun. Mujur ada orang kampung membantu menghantar abah ke hospital. Keadaan motor jangan cakaplah, agak teruk juga. Tak apalah, harta boleh dicari, tapi nyawa takde galang gantinya.

Dugaan : Abah excident!
Dugaan : Abah excident!

Gambar kat atas masa sampai di hospital Tanjung Karang kat bahagian kecemasan. Dekat situ mereka hanya cuci dan balut jari abah. Mereka cakap jari abah perlu di sambung atau kalau keadaan teruk mungkin akan dipotong. Allah, dengar je, muka abah dah cemas. Kesiannya, dugaannya sungguh.

Abah di"transfer" ke hospital Sungai Buloh sebab di hospital Tanjung Karang tak boleh nak buat. Redha ajelah. Sampai di hospital Sungai Buloh, di bahagian Trauma dan Kecemasan, abah dirawat. Doktor cakap mereka akan cuba "sambung" dulu jarinya. So, kena "admit" lah abah. Katanya, ni first time dia kena duk hospital. Takpelah bah, janji baik.

Dugaan : Abah excident!
Dugaan : Abah excident!

Semalam, jari abah di "operate". Hampir 3 jam abah kat dalam dewan bedah. Alhamdullilah, jari abah berjaya di sambung. Tapi, doktor kena buat pemantauan 24 jam dan X-ray semula sebab nak tengok sama ada penyambungan berjaya atau tidak. Cuba tengok dalam gambar bawah ni, kesian kan?

Dugaan : Abah excident!
Dugaan : Abah excident!

Hari ni masuk hari ketiga abah di wad. Memang nampak gelisah dan bosan je rupa dia. Mana taknya, kalau sebelum ni (masa sihat), dia memang tak boleh duduk diam. Ada je kerjanya. Sekarang, rehat puas-puas ye abah. Walau apapun syukurlah semuanya selamat. Semoga abah cepat baik. Amin.

Thanks, sebab sudi baca kisah abah cikla ni. Korang doakan ye semoga abah cikla cepat sembuh.

Post a Comment

5 Comments

  1. semoga ayah cikla cepat sembuh=)

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  3. sabar ye cikla n family. semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  4. teringat ayah yoorin kat kampung.rindu. semoga ayah cikla cepat sembuh, boleh jalan2 lagi...

    ReplyDelete