Wah, sedapnya air kelapa. Lagi-lagi kalau buat coconut shake. Amboiii, terangkat sungguh. Segar dan menyegarkan. Kalau orang dulu-dulu pulak, guna air kelapa untuk pelbagai petua.
Antaranya kalau budak nak kena demam campak bagi minum air kelapa supaya semua bintik-bintik merah keluar.
Dari segi kecantikan pulak, memang ada sesetengah orang menggunakan air kelapa khususnya untuk kulit. Haaa, inilah yang cikla nak share. Macam mana air kelapa berfungsi memberikan kita kulit yang mulus dan cantik.
Antara kelebihan air kelapa untuk kecantikan kulit adalah, kalau korang nak tau, air kelapa dapat memudarkan parut pada wajah.
Caranya mudah je, just ambil sedikit air kelapa dan sapu je kat muka yang bermasaalah. Kemudian, biarkan kering sebelum membilasnya dengan air bersih.
Untuk kesan yang bagus, buat hari-hari. Cubalah!
Selain ia berkesan memudarkan parut, ia juga boleh mengecutkan jerawat. Caranya, cuci wajah dengan air kelapa setiap hari kerana khasiat yang ada dalam air kelapa dikatakan dapat mengecutkan jerawat secara natural tanpa meninggalkan kesan parut, selain ia dapat memudarkan pigmentasi.
Ada apa dengan air kelapa? Kredit Google. |
Di samping itu, air kelapa dapat membantu menghaluskan kulit yang kasar dan tona kulit yang tak sekata, seterusnya menjadikan kulit lebih licin dan halus.
Pembersihan menggunakan air kelapa dikatakan dapat mengecilkan pori-pori, mengatasi masalah liang roma terbuka seterusnya kulit jadi lebih anjal.
Untuk pengetahuan korang, air kelapa jugak boleh membantu menyeimbangkan kelembapan kulit secara semulajadi.
So, ini akan menjadikan kulit tak terlalu berminyak atau terlalu kering. Balance gitu.
Caranya, ambil dan campurkam kelapa parut bersama air kelapa, kemudian oles ke wajah (jadikan sebagai masker). Biar selama 20-30 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Ia boleh dilakukan dua kali seminggu. Cubalah nanti korang akan dapat hasil yang sungguh tak disangka.
Wajah yang dibasuh dengan air kelapa (yang disimpan dalam peti sejuk), akan memberikan kesegaran pada wajah yang bermasalah kulit kusam dan lesu.
Biarkan seketika atau sehingga air kelapa kering di wajah sebelum dibilas. Wah, yang ni lagi best.
Air kelapa boleh bertindak sebagai agen antipenuaan (awet muda). Caranya mudah je, hanya basuh wajah dengan air kelapa setiap pagi dan lakukan dengan kerap.
Macam mana? Memang tak pernah terfikirkan banyaknya khasiat air kelapa ni. Pada yang rasa-rasa nak cuba, silakanlah. Lagipun, air kelapa kan agen semulajadi.
So, kita tak perlu nak risau kalau ada effect apa-apa. Semoga bermanfaat dan perkongsian ni dapat memberi sedikit idea macam mana kita nak atasi masalah kulit yang kita hadapi (pada yang ada masalahlah).
*sumber Majalah Wanita.
0 comments: