Tips mengelakkan anak terkena sembelit.

By Cikla Shahril - August 24, 2015

Budak-budak termasuk bayi boleh mengalami sembelit. Ada sesetengahnya susah nak buang air besar sampaikan ada yang meneran sampai merah-merah muka. Kesian kan? Kita yang dewasa pun rasa "seksa" sangat kalau sembelit, ini kan pulak budak-budak. Sebenarnya banyak sebab mengapa mereka boleh mengalami sembelit. Antara sebabnya adalah, mereka kurang mengambil serat dalam menu harian mereka. Serat seperti sayuran amat penting sebab ia merupakan salah satu "agen" untuk melawaskan proses membuang.

Selain itu, bayi terutamanya diberi minum susu formula sebab biasanya bayi yang diberi minum susu ini mudah mendapat sembelit berbanding dengan bagi yang diberi minum susu ibu. Bayi yang sudah boleh makan makanan pejal juga berisiko mengalami sembelit sebab perut mereka belum boleh berfungsi sepenuhnya.

Tips mengelakkan anak terkena sembelit.
Tips mengelakkan anak terkena sembelit. Sumber Google.

Ada beberapa cara yang kita boleh guna untuk elakkan mereka dari sembelit, antaranya:

  1. Bancuhan susu anak dicairkan supaya bahan kumuh yang lebih lembut terhasil. Selain itu galakkan mereka banyak minum air masak. Ini memang sangat penting! 
  2. Dalam menu harian mereka mesti mengandungi makanan berserat, tinggi seperti buah-buahan dan sayuran kerana makanan sebegini boleh membantu melancarkan penghadaman dan elakkan sembelit.
  3. Sesetengah bayi tak serasi dengan susu formula. Tukar susu yang sesuai dengan mereka supaya masalah sembelit dapat dielakkan.
  4. Bayi yang masih memakai pempers susah untuk membuang air besar. Untuk melatih mereka membuang air besar, ajak mereka bermain air (dengan pengawasan ibu) dalam bilik air. Ajak mereka main air dalan gayung dalam so bayi tadi mencangkungdan pastikan pempers dibuka.
  5. Bagi anak minum minuman pribiotik, iaitu sejenis miniman berkultur yang melancarkan proses pembuangan Dan memudahkan penghadaman. Ia juga mengandungi bakteria baik until usus dan perut kanak-kanak.
  6. Jangan tak tau, proses penghadaman jadi slow kalau ada kandungan lemak, gula dan kanji dalam makanan. Penghadaman yang perlahan akan menyebabkan najis jadi keras dan akhirnya sembelit.
  7. Kalau boleh, masa anak mengalami proses "membuang" jangan ganggu fokus anak. Bagi meraka masa dan ruang untuk membuang.

Kita sebagai ibu bapa mesti sentiasa peka dengan anak-anak. Kalau kita nampak anak-anak macam mempunyai masalah dalam proses membuang, segeralah bertindak.  Kesian kat mereka kan.

Sumber majalah wanita. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments