'Santai Tapi Sampai'

18 August 2015

Jalan-jalan Melaka. (Part 1).

Assalamualaikum korang, hai hai hai.

Bulan raya pun dah abis, ke masih lagi mood beraya. Udah-udahlah beraya tu. Sebulan tu, cukuplah. Even sampai raya ke-30 pun masih ada yang buat open house, kan. Sebenarnya cikla nak share aktiviti cikla sekeluarga pada ahad baru ni. Kami semua travel ke MELAKA.

Jalan-jalan Melaka. (Part 1).
Jalan-jalan Melaka. (Part 1).

"Selamat datang ke Melaka". Rasanya, last cikla datang sini almost 15 years ago. Wah, lama tu. Masa tu cikla study kat Matriks Melaka, Londang. Memang semua dah lain. Kalau dulu kebanyakan tempat masih lagi hutan belukar, tapi sekarang ni semua dah bertukar menjadi kawasan komersial. Kebanyakannya adalah pembinaan bangunan rumah kedai dan perumahan baru. Dah maju dah Melaka ni wehhh.

Sepanjang perjalanan nak sampai ke Melaka ni, banyak replika dan rekabentuk yang menarik cikla nampak. Memang kreatif mereka ni. Mungkin inilah salah satu cara mereka nak tarik pelancong datang ke sini di samping mencantikkan kawasan sekitar. Memang cantik. Kebanyakan replika berasaskan sejarah negeri Melaka seperti keris, tanjak dan lain-lain. Kagum cikla sebentar, ceewaah.

Jalan-jalan Melaka. (Part 1).
Jalan-jalan Melaka. (Part 1).

Perjalanan hampir 2 jam lebih (lalu highway) akhirnya sampai jugak kami ke destinasi yang dituju. Destinasi pertama kami adalah ke bandar Melaka. Jangan ingat bandar Melaka kecil, dah maju sekarang tau. Melaka bandaraya besar dan cantik. Lepas kami park kereta, kami amik keputusan nak naik beca je. "abang beca, abang beca di tengah jalan", haha. Fefeling nak karoks lak.

Cuba tengok becanya. Menarik kan? Sempat jugak kami posing. Semua beca di sini memang dihias dengan kostum watak kartun-kartun popular seperti watak Elsa dan Anna (Frozen), watak Doraemon, watak Hello Kitty dan sebagainya. Itu yang cikla nampaklah. Lepas tu, ada sesetengah beca pulak siap pasang sound sistem. Mungkin ini salah satu cara mereka nak tarik orang supaya baik beca mereka. Memang kreatif.

Bayaran untuk naik beca pulak, kalau kita naik beca terus ke Muzium Samudera, bayarannya cuma RM15/ride. Kalau kita naik beca, kita singgah di tempat-tempat (untuk amik gambar) sebelum sampai ke Muzium Samudera, bayarannya pula RM25/ride. Lagi satu, kalau ada sesiapa yang just nak naik basikal pusing-pusing bandar, rasanya perkhidmatan sewa basikal pun disediakan. Antara tempat yang sempat kami singgah, tak masuk dalam pun, just posing kat luar.

Jalan-jalan Melaka. (Part 1).
Jalan-jalan Melaka. (Part 1).


Jalan-jalan Melaka. (Part 1).
Jalan-jalan Melaka. (Part 1).

Kalau ada sesiapa nak naik kereta kuda pun ada. Tapi bayarannya cikla tak pastilah pulak. Hubby cikla ni just posing fefeeling nak jadi koboi lah tu, hehe.

Jalan-jalan Melaka. (Part 1).
Jalan-jalan Melaka. (Part 1).

Lepas kami pusing-pusing di sekitar situ dan beli sedikit ole-ole, kami pun beredar dari situ. Sebelum tu, kami pusing-pusing jap sekitar bandar. Maju dah Melaka. Shopping mall pun besar-besar dah. Macam DATARAN PAHLAWAN MEGAMALL ni, tapi kami tak sempat nak jalan-jalan kat dalamnya. Masa sungguh mencemburui kami, lagipun kami nak pergi destinasi lain pulak. Hehe.

Jalan-jalan Melaka. (Part 1).
Jalan-jalan Melaka. (Part 1).

Nanti kita continue cerita. Banyak lagi story yang cikla nak share ni.

No comments:

Post a Comment