Ikan terubuk masin masak sambal cili api.

Nak lauk simple tapi sedap gila? Jom try Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api ni! Resepi ni confirm padu, makan dengan nasi panas memang bertambah-tambah. Jom kita masak!

Bahan-bahan:

Ikan masin – (terubuk, talang, duri atau yang seangkatan dengannya).
Air asam jawa / asam keping.
Bawang besar – dihiris.
Cili besar merah – dihiris.
Tomato – dibelah 4.
Gula dan serbuk perasa.

Bahan tumbuk kasar:

Bawang besar.
Bawang merah.
Bawang putih.
Sedikit belacan.
Cili besar merah.
Cili padi merah/hijau.

Ikan terubuk masin masak sambal cili api.
Ikan terubuk masin masak sambal cili api.

Cara-cara:

1. Rendam ikan masin dalam air lebih kurang 30 minit supaya tak terlalu masin. Nak kurang lagi masin, rendam lama sikit.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan terubuk sampai masak. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sikit minyak, tumis bahan tumbuk kasar sampai naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, kacau rata.
5. Tambah gula dan serbuk perasa secukup rasa (garam tak perlu sebab ikan dah masin).
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan tomato, biar layu sikit.
7. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi, gaul rata.
8. Dah siap! Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Memang simple tapi sedap gila! Kalau suka pedas, boleh tambah lebih cili padi. Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar : Juma Natul.

2 comments:

  1. Saya save langsung. Nanti nak buat. Nak ikan asin ini memang jarang saya beli sebab saya tak kuat asin kak. JD harus direndam lebih lama supaya asinnya berkurang ya ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  2. nampak pun dah sangat menyelerakan.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews