Info yang korang kena tau mengenai masalah tiroid yang pelbagai.

Info yang korang kena tau mengenai masalah tiroid yang pelbagai.

Soalan yang kerap ditanya:

1) Hypertiroidism.
2) Hypotiroidism.
3) Bengkak kelenjar tiroid (goiter / nodule).

Yang mana paling bahaya?

1. Kalau takde kanser, Hypertiroidism paling berbahaya kerana boleh menyebabkan "thyroid storm" yang mengancam nyawa.

2. Kalau melibatkan kanser tiroid, nodule tiroid boleh menjadi paling berbahaya kerana berpotensi merebak.

3. Hypotiroidism juga berbahaya, tapi kesannya biasanya perlahan dan lebih mudah dirawat berbanding hypertiroidism.

SEMUANYA MENJADI BAHAYA KALAU TAK DIRAWAT. 

1) Hypertiroidsm:

Boleh membawa kepada "thyroid storm", iaitu keadaan kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan demam tinggi, degupan jantung sangat laju, tekanan darah tak stabil dan kegagalan organ.

2) Hypotiroidsm:

Boleh menyebabkan "myxedema coma", keadaan serius yang boleh menyebabkan hilang kesedaran, kegagalan jantung atau pernafasan.

3) Bengkak kelenjar tiroid (goiter / nodule):

- Kalau goiter/nodule tak aktif? Biasanya tak berbahaya, tapi boleh menyebabkan ketakselesaan seperti kesukaran menelan atau bernafas kalau terlalu besar.

- Kalau nodule bersifat kanser? Ini adalah paling berbahaya sebab kanser tiroid boleh merebak ke organ lain kalau tak dikesan awal.

Bagaimana dengan goiter yang disebabkan oleh Hypertiroidism atau Hypotiroidism? Bahaya atau tak? Kenalah buat ujian (ultrasound dan biopsy) untuk tentukan sama ada bersifat tak aktif atau kanser.

Bagaimana pula dengan "Subclinical?"

- "Subclinical" bermaksud keadaan yang tak menunjukkan gejala yang jelas atau hanya mempunyai perubahan kecil dalam keputusan ujian darah.

- Gejala yang ada selalunya ringan (mild).

- Jarang sangat yang perlukan ubat tiroid.

- Subclinical Hypotiroidsm dan subclinical Hypertiroidsm  memerlukan pemantauan  yang rutin kerana ia boleh berkembang menjadi Hypotiroidism atau Hypertiroidism sepenuhnya.

Apa yang paling penting korang kena tau yang penyakit tiroid ni ialah penyakit berulang. Ingat tu!

Kredit : Grup facebook Tiroid dan Anda Ori (TDA ORI). 

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews