Sup ayam Thai mudah disediakan.

Sup Ayam Thai adalah hidangan yang kaya dengan aroma dan rasa yang menyelerakan. Ia menggabungkan keseimbangan rasa masam, masin dan sedikit pedas yang sempurna untuk dinikmati pada bila-bila masa. 

Bahan-bahan:

Bawang putih dan halia (ditumbuk).
Bawang merah dan bawang besar (dimayang).
Serai (kalau halus, tambah lebih banyak; kalau besar, guna 2-3 batang).
Hirisan lemak ayam.
Air secukupnya 
Ayam (potong kecil).
Sup bunjut.
Kiub pati ayam.
Lobak merah (dihiris).
Sos ikan (2 sudu besar).
Tomato (dipotong).
Daun limau purut.
Garam dan perasa secukupnya.
Daun ketumbar.
Perahan asam limau nipis.

Sup ayam Thai mudah disediakan.
Sup ayam Thai.

Cara:

1. Tumbuk bawang putih dan halia. Mayang bawang merah dan bawang besar. Ketuk serai agar aromanya lebih keluar.
2. Tumis semua bahan ini bersama hirisan lemak ayam sehingga naik bau dan layu.
3. Tambahkan air secukupnya, dan apabila hampir mendidih, masukkan ayam, sup bunjut, kiub ayam, dan lobak merah. Biarkan seketika hingga bahan-bahan sebati.
4. Masukkan sos ikan, tomato, dan daun limau purut untuk menambah aroma dan rasa.
5. Tambahkan garam dan perasa secukup rasa.
6. Setelah ayam masak, masukkan daun ketumbar dan perahkan asam limau nipis.
7. Siap untuk dihidangkan!

Tips:

Kalau nak rasa lebih pedas, boleh tambah cili padi yang diketuk. Sup ini lebih sedap kalau dibiarkan seketika supaya bahan-bahan sebati dengan kuahnya. Boleh jugak kalau nak tambah cendawan atau sayur lain mengikut citarasa. 

Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar :  Tengku Syazwanie. 

5 comments:

  1. feveret lady ni... yumm yumm yumm

    ReplyDelete
  2. Kaaaak, di Mayang itu diapain yaa? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Di iris kah?

    Nampak sedap resepnya.

    ReplyDelete
  3. SA tiba- tiba rasa nak demam..nak buat la nanti sup ayam...sedapnyaaa

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews