Sambal ikan talang masin padu. Pedas, manis dan masin sekali hadap!

Kalau korang suka lauk yang simple tapi sedap, sambal ikan talang masin ni memang wajib cuba! Perpaduan rasa pedas, manis, dan masin memang buat makan bertambah-tambah. Jom kita tengok cara nak buat!

Bahan-bahan:

20 biji cili kering*
3 labu bawang besar*
Sedikit belacan*
Sedikit lengkuas*
1 batang serai kecil*
2 labu bawang besar (hiris kasar).
1 sudu besar cuka.
Sejemput asam jawa.
4 sudu gula.
Minyak untuk menumis (lebih kurang ½ cawan).
Ikan talang masin secukupnya.

(*bahan yang perlu dikisar/blend).

Sambal ikan talang masin padu. Pedas, manis dan masin sekali hadap!
Sambal ikan talang masin padu. 

Cara masak:

1. Goreng sekejap ikan talang masin bagi dia garing sikit. Ketepikan.

2. Blend semua bahan bertanda * sampai lumat.

3. Tumis bahan blend tadi sampai pecah minyak dan naik bau wangi semerbak.

4. Masukkan cuka dan perahkan asam jawa. Kacau sebati.

5. Dah agak kering, masukkan gula dan bawang yang dihiris kasar.

6. Akhir sekali, masukkan ikan talang masin yang dah digoreng tadi. Gaul rata sekejap, siap!

Makan dengan nasi panas-panas memang terangkat! Selamat mencuba! 

Kredit resepi dan gambar to owner. 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews