Ayam masak palembang sedap, pekat dan padu.

Kalau korang suka lauk berkuah pekat dengan rasa manis, pedas, dan lemak berkrim, Ayam Masak Palembang ni memang wajib cuba! Resepi ni senang je, bahan pun tak banyak. Jom kita masak!

Bahan-bahan (untuk 1 ekor ayam):

Bahan kisar:
  • 2 biji bawang besar (sederhana).
  • 5-6 ulas bawang putih.
  • Halia sebesar ibu jari.

Bahan lain:
  • Serbuk kunyit secukupnya.
  • 2-3 tangkai daun kari.
  • ½ cawan kicap manis (boleh tambah kicap pekat kalau nak lebih hitam).
  • Cili kisar – ikut tahap kepedasan (lebih kurang 2 senduk nasi).
  • 2 keping besar asam keping.
  • 100ml santan.
  • Minyak untuk menumis.
  • Garam & gula secukup rasa.

Ayam masak palembang sedap, pekat dan padu.
Ayam masak palembang sedap, pekat dan padu.

Cara-cara: 

1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. 
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak. 
4. Tuang kicap manis (kalau nak warna lebih gelap, tambah kicap pekat). 
5. Masukkan daun kari, garam dan gula secukup rasa. Tumis sekejap. 
6. Letak asam keping untuk bagi rasa masam-masam sikit. 
7. Masukkan ayam tadi, biar masak sampai empuk. 
8. Tuang santan, kacau rata dan biarkan mendidih. 
9. Kalau nampak terlalu kering, boleh tambah air sikit. 
10. Dah siap, boleh hidang dengan nasi panas!

Lauk ni sedap sangat, pekat dan ada rasa unik daripada gabungan kicap, santan serta cili kisar. Memang padu bila makan dengan nasi putih. Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar :  Junainna Hussin Chua.

1 comment:

  1. Kalau di Palembang , menu ini biasanya dimakan dengan nasi minyak. ๐Ÿ‘. Saya tak pernah buat sendiri tapi. JD tertarik nak buat. Agak2 mirip ayam kecap yaa

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews