19 February 2025

Ada kaitan ke brain fog dengan masalah tiroid?

Brain fog atau kabus otak, adalah keadaan di mana seseorang merasa bingung, susah fokus atau letih mental walaupun sudah cukup tidur. Pernah tak rasa macam otak tu berat dan susah nak berfikir dengan jelas? Kalau ya, mungkin tiroid korang ada kaitan dengan masalah ini. 

Tiroid adalah kelenjar kecil di leher yang bertanggungjawab mengawal metabolisme badan. Bila tiroid tak berfungsi dengan baik, ia boleh mengganggu pelbagai sistem dalam badan, termasuk otak.

Salah satu masalah tiroid yang sering dikaitkan dengan brain fog adalah hipotiroidisme. Hipotiroidisme terjadi apabila tiroid tak menghasilkan hormon yang cukup. Hormon-hormon tiroid ni penting untuk mengawal tenaga dan fungsi mental. Bila ia rendah, otak pun boleh jadi 'slow' dan susah nak fokus. Jadi, simptom brain fog yang korang alami mungkin disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.

Ada kaitan ke brain fog dengan masalah tiroid?
Ada kaitan ke brain fog dengan masalah tiroid? Kredit image to Pinterest.com

Lagi satu, bila tiroid tak berfungsi dengan betul, ia boleh menyebabkan gangguan tidur. Dan kita tahu, tidur yang tak cukup memang boleh buatkan otak jadi lebih keliru dan mudah lupa. Kalau korang rasa selalu hilang fokus, mudah lupa atau rasa otak berat, jangan terus anggap itu hanya masalah biasa. Mungkin ada kaitan dengan tahap hormon tiroid korang.

Namun, jangan risau. Penyelesaian untuk masalah ni ada. Pemeriksaan darah untuk tahap hormon tiroid adalah langkah pertama yang penting. Kalau doktor mendapati hormon tiroid korang rendah, biasanya mereka akan memberi rawatan hormon untuk mengimbanginya. Dengan rawatan yang tepat, brain fog boleh jadi lebih baik dan korang boleh kembali rasa fokus dan bertenaga.

So, kalau korang mengalami brain fog dan tak tahu kenapa jadi gitu, mungkin tiroid korang boleh jadi punca. Jangan tangguh, buat pemeriksaan dan dapatkan rawatan yang sesuai. Moga bermanfaat. 

Kredit info grup Tiroid dan Anda (ORI).

No comments:

Post a Comment