Resepi ayam percik power – Juicy, berempah dan lazat.

Ayam percik adalah hidangan yang cukup popular di Malaysia, terutama di pantai timur. Hidangan ini terkenal dengan rasa kuah perciknya yang kaya dengan rempah dan sedikit berkrim hasil gabungan santan. Jom kita cuba!

Bahan-bahan:

Bahan perapan ayam:

4 biji bawang kecil.
4 ulas bawang putih.
1 cm kunyit hidup.
1 batang serai.
1 cm halia.

Cara perapan:

1. Kisar semua bahan hingga halus.

2. Lumurkan pada ayam dan perap selama 2 jam untuk rasa lebih meresap.

Bahan kuah percik:

4 biji bawang kecil.
4 ulas bawang putih.
1 cm halia.
10 tangkai cili kering (direndam dan dikisar).
2 batang serai.
1 keping asam keping.
Sedikit garam, gula dan perasa (kalau suka).
200ml santan kotak. Nak yang perah sendiri pun boleh. 

Resepi ayam percik power – Juicy, berempah dan lazat.
Ayam percik power. 

Cara memasak ayam percik:

1. Kisar semua bahan kuah percik hingga halus.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

3. Masukkan asam keping, garam, gula, dan perasa secukupnya.

4. Setelah tumisan naik bau, masukkan santan dan kacau sebati.

5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam kuah percik.

6. Biarkan ayam meresap dalam kuah selama kira-kira 10 minit.

7. Angkat ayam dan bakar dalam oven pada suhu 200°C hingga masak dan sedikit garing.

Tips extra:

- Kalau suka ayam lebih berempah, boleh tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan.

- Boleh juga bakar ayam atas pemanggang arang untuk rasa lebih autentik.

- Lebihan kuah percik boleh disiram atas ayam selepas dibakar untuk rasa lebih padu!

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : To the owner.

1 comment:

  1. Tx resep nya kaaak 😍😍😍. Ayam percik ini salah satu makanan favorit saya saat msh studied Kat Penang. Sekali coba, langsung sukaaaa sangat. Sebab memang bumbunya pun meresap sangat dan gurih pedas 😍😍😍. Memang juicy

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews