Tips untuk kekalkan rasa kenyang khas untuk mereka yang sedang berdiet.

By Cikla Shahril - September 11, 2017

Cikla rasa, orang yang nak mendapatkan berat badan yang ideal mesti tak jemu-jemu mencuba macam-macam cara tak kiralah dengan cara menjaga makan dan bersenam. Tapi itulah. 

Kalau hat yang berdiet dengan cara menahan lapar tu mesti kalau mereka makan, selalu makan terlebih sampai berat badan tu naik tak turun-turun pun. Memang tak nampaklah hasil korang berdiet tu.

So, cikla nak share tips untuk kekalkan rasa kenyang, khas untuk mereka yang sedang berdiet. Korang nak tau tak? Meh baca apa yang cikla nak cerita ni.

Tips untuk kekalkan rasa kenyang khas untuk mereka yang sedang berdiet.

Rasanya semua orang tau kita kot, kalau kita nak makan buah seeloknya sebelum makan. Korang, kalau nak makan buah epal yang segar lebih bagus 15 minit sebelum makan. Ia dikatakan dapat mengurangkan sehingga 15% jumlah kalori yang diambil kalau nak dibandingkan dengan mereka yang minum jus epal. Wah, best ni.

Kalau yang ni selalu jugak cikla buat. Memang kita rasa kenyang je, dan kalau kita makan pun sikit je dah kenyang dah. Kalau korang nak tau, menurut  pakar pemakanan Julie Flood Obbagy, dengan mengunyah epal akan dapat menjadikan kita rasa kenyang dan akan memanjangkan tempoh penghadaman.

Selain itu, masa dan waktu terbaik untuk kita mengetahui rasa kenyang kita adalah semasa kita sudah menghabiskan 3/4 daripada hidangan yang kita makan. Ini diperakui oleh seorang pakar diet, Lauren Slayton, R.D. 

Di samping itu, ambil vitamin D sebab vitamin ini dikatakan berfungsi untuk menghasilkan hormon leptin iaitu hormon yang akan menghantar signal otak mengatakan yang kita sudah kenyang. Untuk mendapatkan khasiat vitamin D ini seeloknya korang mengamalkan supplement khas.

Kalau tak pun, makan je ikan salmon.

Untuk pengetahuan korang, salad, sepotong buah dan secawan buah dikategorikan sebagai rendah kalori dan makanan cepat mengenyangkan. Ini diperakui oleh seorang pakar nutrisi iaitu Susan Roberts Ph. dari Tufts University. Korang digalakkan paling tak pun sebiji sandwich yang bersaiz kecik dan ini akan memberi manfaat  kepada badan kita.

Selamat berdiet dan selamat menguruskan badan ye.

Sumber Ruangan Tips Cantik, Sinar Harian.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. kat rumah kc ni sentiasa ada stok epal hijau tapi malas nak kupas wakakakaka. kalau umi kupas untuk umi, kc ambil sikit hehehehehe.

    kc tag cikla kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2017/09/comeback-giveaway.html :)

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni boleh try nanti. Tq for sharing

    ReplyDelete
  3. huu.. pernah try diet.. alih2 gastrik yang mai.. salah pilih pola diet la kot.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. Setuju ni. Vitamin D kita kadang2 tidak mencukupi kerana kurang berada di bawah cahaya matahari (tapi pakai lah sunblock dulu) :D

    ReplyDelete