Krim telon herba bayi tropika.

Sebagai seorang ibu, cikla memang perasan anak-anak cikla kadang-kadang mengalami kembung perut, batuk berbunyi dan selsema. Mereka-mereka ini, kalau kena selsema atau batuk memang teruk. Paling lama 2 minggu lebih baru selsema or batuk betul-betul elok. Memang kesianlah. Lebih-lebih lagi time tido malam, selalu terjaga-jaga sebab hidung tersumbat dan batuk kuat. Itu belum lagi kembung perutnya.

Sebelum ni, kalau anak cikla kembung perut or selsema, cikla hanya guna Vicks aje. Tapi, start dari baby ammar cikla diperkenalkan dengan krim telon ni. Allhamdullilah, nampaknya memang serasi dengan dia.

Krim telon herba bayi tropika.
Krim telon herba bayi tropika.

Krim telon ni diperbuat dengan ramuan minyak eucalyptus (minyak kayu putih), halia dan herba tropika. Yang penting yang halal dan suci serta tiada unsur alkohol dan ia memang sesuai digunakan untuk melegakan kembung perut bayi. Lagipun, ia tak panas dan sesuai untuk kulit bayi.

Krim telon herba bayi tropika.
Krim telon herba bayi tropika.

Selain itu, krim ini mudah meresap serta tidak meleleh dan melekit bila disapu serta berfungsi seperti Vicks herba bagi mengurangkan masalah batuk dan selsema. Cara nak gunakannya pun mudah aje, just sapu krim pada dada dan belakang baby untuk menghilangkan kahak atau phlegm serta bunyi wheezing.

Selain itu, cara nak guna krim ni jugak, just sapu aje di dada dan kedua tapak kaki baby selepas mandi atau bila perlu. Baunya pun wangi tau. Krim ini bukan sahaja sesuai untuk bayi, malah kanak-kanak pun boleh menggunakannya. Mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema, gigitan nyamuk dan serangga juga boleh guna krim ini.

Krim telon herba bayi tropika.
Krim telon herba bayi tropika.

So, para ibu yang masih mencari krim telon yang sesuai untuk bayi anda, bolehlah cuba guna krim ni. Harganya pun berpatutan, hanya RM39.90. Tak apalah berbelanja lebih sikit kan, janji anak kita sihat. Lagipun, nak dapatkan pun mudah, terutama di kedai-kedai ubat or toko jamu. Krim ni ada dijual secara online juga. Semoga si manja kita terhindar dari serangan batuk dan selsema. InshaAllah. 

For more info just klik SINI.

1 comment:

  1. krim ni memang recommend sangat! bagus.. tp pakai masa irine baby..huhuhu..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews