Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan.

Bagi cikla, bila tiba je bulan Ramadan, sana-sini ada Bazar Ramadan kan. Orang cakap memang dah sinonim dah. Kalau takde tak sah. Hmm.. Bagi orang yang bekerja mungkin tak sempat nak masak untuk bukak puasa, nah Bazar Ramadan lah tempat yang mereka tuju. Bawak aje ongkosnya, balik confirm penuh tangan kiri kanan.

Tapi, korang kena ingat jugak tau kawal 'nafsu' nak membeli tu. Maklumlah, bila tengok tu sedap, bila tengok ni pun sedap. Semua diborongnya. 

Last last, masa buka puasa sikit je yang dimakannya. Bukan apa, perut dah penuh dengan air kan. Kenyang air dah. Makanan yang tak makan tu? Sudahnya dibuang. Dah membazir. 

Korang nak tau tak tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan? Kalau nak  tau, meh baca apa yang cikla nak share ni.

Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan.
Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan. Sumber The Star Online. 

Ada dua tips penting yang korang kena amik tau pasal ni. Yang pertama, korang kena tengok orang yang menjual makanan tu. Cuba korang perhatian adakah dia;

  1. Memakai penutup kepala serta memakai apron yang bersih semasa menjual? 
  2. Mempunyai kuku yang pendek dan bersih? 
  3. Tak bersin atau batuk ke arah makanan? 
  4. Tak menggunakan tangan secara terus semasa menyentuh makanan? 
  5. Tak memakai aksesori di tangan? 
  6. Mempunyai luka di tangan yang telah dibalut dengan baik?

Kalau penjual itu mempunyai ciri-ciri kat atas itu, bolehlah korang membeli makanan di gerai mereka tanpa rasa was-was. Lagi satu, ada tips jugak macam mana korang pilih gerai yang 'selamat' untuk korang membeli makanan, iaitu;

  1. Pastikan gerai itu bersih dan jauh dari punca pencemaran seperti longkang atau tong sampah.
  2. Pastikan penjual menutup makanan mereka dengan sempurna. 
  3. Pastikan air jugak disimpan dalam bekas yang bersih.

Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan.
Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan. Sumber Google.

Di samping  itu, ada tips jugak untuk memastikan makanan ketika di rumah selamat untuk dimakan, iaitu;

  1. Sebelum memakan sesuatu makanan, amalkan cara 'LIHAT, HIDU DAN RASA'. 
  2. Kalau ada lebihan makanan, korang nak simpan untuk sahur pastikan ia segera disimpan dalam peti sejuk dan jangan campur dengan makanan yang baru. 
  3. Pastikan korang memanaskan dulu makanan yang korang beli sebelum dimakan semasa bersahur.

Pendapat cikla, kita bukanlah nak jadi pengguna or pelanggan yang cerewet tapi bila dah melibatkan kesihatan diri mestilah kita amik kisah kan. Betul tak? Jangan sebab penjual tu menawarkan harga yang lebih murah, kita main beli je. 

At last, kalau ada apa-apa kita yang tanggung akibatnya. Gunakanlah power korang sebagai pembeli supaya korang boleh memilih makanan yang bersih dan kes keracunan makanan dapat dielakkan. 

Bijak membeli, perut selamat. Ehh boleh ke macam tu. Hehe. Selamat membeli dengan bijak. 

Sebarang info korang boleh ke Facebook page BKKMHQ atau twitter @BKKMPutrajaya

Sumber Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

5 comments:

  1. Sehingga hari ketiga ini PC belum membeli lagi di bazar ramadhan...insyaAllah akan datang mungkin...kelaziman yang berlaku masalah makanan terdedah..merisaukan.

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Panduan yang bagus untuk kita semua.
    Berbelanjalah ikut keperluan, bukan ikut nafsu supaya tidak membazir kemudiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Membazir amalan syaitan...

      Delete
  3. kalau saya...tgk tempat dia masak..kalau yg bawak yg sudah siap tgk van hahaha..paling penting tanya harga

    ReplyDelete

Powered by Blogger.