Cikla rasa isu ni isu yang subjektif dan sensitif, sebab lain orang lain pendapatnya. Ada orang tak kisah pun kalau pasangannya 'periksa' telefonnya, tapi ada pulak yang sebaliknya.
Tapi, memang tak mustahil kalau telefon ni boleh menjadi penyebab kepada bermulanya masalah dalam rumahtangga.
Zaman sekarang ni macam-macam hal kita dengar berkaitan dengan telefon ni. Bahaya jugak bahana telefon ni ye.
Ada yang menjadi persoalan, perlu ke kita memeriksa telefon pasangan kita? Korang rasa?
Isu periksa telefon pasangan, perlu ke buat macam tu? Sumber Google. |
Bagi cikla, tak perlu pun nak periksa bagai kalau kita PERCAYA pada dia. Dan, dia pun kena percaya pada kita.
Kalau kita dah percaya dia, tak timbul isu curiga dan was-was dengan dia. Lagipun, kepercayaan adalah salah satu ciri untuk mendapatkan hubungan yang bahagia dan berkekalan. Tapi, macam mana pulak kalau timbul perasaan curiga? Lebih-lebih si isteri.
Bila tengok suaminya asyik 'berkepit' dengan telefon 24/7 je, hati tu mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Suami ada skandal lah, suami ada kekasih gelaplah.
Bila tengok suaminya asyik 'berkepit' dengan telefon 24/7 je, hati tu mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Suami ada skandal lah, suami ada kekasih gelaplah.
Macam tu jugak dengan suami. Kalau tengok isteri tu asyik dengan telefon dia pun, kadang-kadang terlintas jugak kan. Betul tak?
Selain dari percaya, kita jugak kena JUJUR jugak. Maknanya, macam mana pasangan kita jujur dengan kita macam itu jugaklah kita. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang sudah diberi pada kita.
Bukan apa, sekali kepercayaan disia-siakan, memang tak kan sama lagi selepas itu.
Umpama kaca yang terhempas ke lantai, tak kan sama keadaannya walaupun kita dah 'gam' dia cantik-cantik.
Umpama kaca yang terhempas ke lantai, tak kan sama keadaannya walaupun kita dah 'gam' dia cantik-cantik.
Semoga perhubungan kita dengan pasangan sentiasa diselimuti dengan aroma kepercayaan dan kejujuran selamanya. Till Jannah!
Betoi kena jujur antara satu sama lain....insyaallah perkahwinan kita terpelihara
ReplyDeleteKejujuran memang penting sgt2 kan.
DeleteBetul...JUJUR...dari kejujuran itu akan saling MEMPERCAYAI..tapi awas,jangan sesekali mulakan onar..
ReplyDeleteBetul. Bila sekali dikhianati mmg rasa percaya pun dh kurang.
DeleteSaya setuju dengan pendapat cik la, tak perlu pun kita periksa telefon pasangan sebab saya tahu akan timbul keburukan berdasarkan apa yang telah terjadi pada orang terdekat saya.
ReplyDeleteDah lumrah manusia kan sentiasa ada rasa syak dlm diri. Apa yg penting bersangka baik. Mcm tu jugak dgn pasangan.
DeleteKejujuran dan kepercayan.. dua2 nie penting dalam perhubungan..
ReplyDeleteSetuju...
Deletekejujuran paling penting...
ReplyDeleteBetul tu. Cikla setuju jugak..
Deletehurmmm jujur lebih penting la saya rasa..
ReplyDeleteKan..
Delete