'santai tapi sampai'

Kadang-kadang hal yang kita nampak remeh-temeh sememangnya penting untuk kita ambil. Lebih-lebih lagi kalau hal yang berkaitan dengan solat...

Bacaan untuk wanita sahaja : Air wadi/keputihan dan solat.

Kadang-kadang hal yang kita nampak remeh-temeh sememangnya penting untuk kita ambil. Lebih-lebih lagi kalau hal yang berkaitan dengan solat.  Iyelah, kita nak mengadap Allah kan, mestilah dalam keadaan bersih. Barulah solat kita diterima dan kusyuk.

Apa kata jom kita baca apa yang cikla  nak share ni. Cikla rasa memang penting sebagai perempuan terutamanya untuk kita tahu dan ambil berat. Jom baca jom.

Bacaan untuk wanita sahaja : Air wadi/keputihan dan solat.
Bacaan untuk wanita sahaja : Air wadi/keputihan dan solat. Sumber Google. 

Air wadi atau keputihan.

Korang tau tak apakah dia air wadi ni? Okey, let's say kalau kita angkat benda berat ataupun kita mempunyai perasaan terlampau gembira ataupun masa kita jalan-jalan kat shopping complex 2,3 round mesti kita rasa macam ada 'air' keluar kadang-kadang sampai basah panties, haaa itulah dia air wadi.

Apa kaitan air wadi atau keputihan dengan solat pulak ye? Oklah, ada satu kes ni.

Seorang ustazah ni keluar pergi shopping. Dia terserempak dengan seorang muslimah lain. Ustazah macam terpandang dan tengok dia. Masa tu kat shopping kompleks la. Then, ustazah jalan pusing-pusing dari tengah hari sampailah ke petang. So, ustazah tu nak solat asar. Ustazah singgah ke masjid. 

Sebelum tu, ustazah pergi ke toilet nak bersihkan apa yang patut. Lepas dah selesai, masa nak naik ke tempat solat perempuan ustazah tu nampak muslimah tadi terus naik. 

Ustazah tu memang camlah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa 'tawaf'. Ustazah pun solatlah. Muslimah tu ada solat di depan ustazah. Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka panties dia. 

Then ustazah siap solat dulu, so dia pun tunggulah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur. Lepas siap semua, ustazah itu pun tegur muslimah tu dan berjaya, "Kenapa awak buka seluar dalam awak."?

Muslimah tu pun cakap, sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi dia banyak berjalan. Ustazah pun senyum dan tanya lagi, "Buka seluar dalam saja ke? Tak basuh ke."? Muslimah tu hanya tersebut sambil menggeleng.

Ustazah pun cakap,"Memang air wadi kadang-kadang tak nampak. Tapi, punca tempat keluar tu kena bersihkan (kemaluan) sebab masih ada kotoran melekat kat situ. Jadinya, solat mungkin tak sah sebab awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu." 

Macam tu jugak kalau perempuan yang bangun Subuh tapi tak nak mandi, jangan terus ambil wuduk. Tapi, bersihkan dulu kemaluan dan berwuduk baru sah solat. Ini namanya beristinjak, sebab kita tak tahu masa kita tidur tu mungkin ada keluar air wadi ke atau apa-apa ajelah yang najis.

Memang perlu kita membasuh dan berwuduk. BeLebih bagus lagi kalau kita mandi lepas bangun Subuh. 

So, kesimpulannya, kalau nak tunaikan solat je, kena bersihkan "tempat" tu ye dan jangan bawak najis dalam solat sebab ada sesetengahnya tu, dia dah bersihkan. Tapi, lepas dia bersihkan dia buka panties dan mungkin simpan dalam poket baju pulak dah.

Nanti bila solat,  dia lupa nak letak panties tu kat tempat lain. So, dia terbawa najis tu solat sekali, dan  solat nya jadi tak sah. 

Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner, basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam. Selesai solat, pakailah balik seluar dalam tu. Kalau korang pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru.

Pastikan takde najis yang melekat kat seluar dalam sebab kalau bawa dalam solat terkena pada kita atau pakaian maka solat kita nanti tak sah. Diulangi. TAK SAH!

Begitulah kekdahnya.

Sumber Facebook Yusnani Abu Bakar.

4 comments:

  1. Info yang bermanfaat untuk semua perempuan👍👍

    Part yang bangun tidur subuh tu elok mandi bersihkan bahagian tu betul, mak selalu pesan.. Seeloknya mandi terus bangun awal pagi sebelum solat tu.. Kita tak tahu kotoran apa yang keluar 😊

    ReplyDelete
  2. Org perempuan mmg.kena basuh xxx Sblm solat

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat bagus. Dulu masa kecik-kecik ayah CM selalu marah kalau solat subuh tanpa mandi dulu.

    ReplyDelete