Advertisement

Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki.

JOM BACA FAKTA MUDAH MACAM MANA NAK TAWAN HATI LELAKI. Cikla rasa dalam semua hubungan pun kita kena faham pasangan kita. Iyelah, kalau kita tak faham pasangan kita macam mana nak kekalkan hubungan kan. Yang kita macam ni, yang dia pulak macam tu. Sudahnya, hari-hari asyik bertelagah dan bergaduh. Paling menyedihkan bila hubungan bertambah dingin dan akhirnya amik keputusan berpisah.

Sebenarnya, makhluk bernama lelaki kebanyakannya jenis yang simple dan easy going bak kata orang putih. Tak susah pun nak faham mereka kalau kena dengan gayanya. Apa yang penting, apa yang kita lakukan itu janganlah sampai mengongkong mereka. Dah tak pasal-pasal kena cop Queen Control pulak. So, jom baca apa yang cikla nak share ni khas untuk perempuan yang nak 'tawan' hati seketul lelaki yang disayanginya.

Jom baca fakta mudah nak tawan hati lelaki.

Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki.
Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki. Sumber Google. 

  • Kalau korang nak tau, yang sebenarnya lelaki ni takdelah nak cari perempuan yang cantik tapi perempuan yang bila dipandang sejuk je hati dia. Orang cakap ada pesona yang tersendiri. Lagipun, cantik ni kan subjektif sangat. Payah nak hurai. Hihi. So, kita perempuan ni kalau dengan suami or pasangan tu rajin-rajinlah mencantikkan diri sebab walau macam mana pun si dia mesti nak korang nampak cantik menawan jugak. 
  • Semua orang tak suka ditipu dan dikhianati. Kita pun tak suka kan orang tipu kita. Betul tak? Macam tu jugak dengan lelaki. Mereka ni nampak je keras, ego, kuat tapi hakikatnya 'rasa' dalaman mereka ni rapuh jugak. Ehh, betul ke lelaki semua? 
  • Lelaki dan kawan-kawannya memang sukar nak dipisahkan. Tapi, jangan ingat mereka tak sayang dan ingat pada kita. Cuba bagi mereka ruang untuk diri mereka bersantai bersama kawan-kawannya. 
  • Lelaki bukanlah makhluk yang bijak berbahasa bahasi (mungkin ada sesetengahnya kot), tapi walau macam mana pun mereka mesti nak tau jugak semua hal pasal kita even masa dia call kita "awak tengah buat apa tu?" selalu yang mereka utarakan... 
  • Lelaki yang ikhlas menyayangi korang akan menerima korang apa adanya. Tak kiralah korang tu gempal ke, gelap, atau berjerawat. Mereka mungkin akan menasihati korang untuk menguruskan badan dan sebagainya. 

Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki.
Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki. Sumber Google. 

  • Bila bersama dia, maniskanlah muka korang tu. Kalau korang nak tau, lelaki memang sukakan perempuan yang sentiasa manis dengan senyum. Itulah pesona yang kita ada sebenarnya yang kadang-kadang kita tak sedar pun.
  • Lelaki tak suka kalau kita cerita pasal ex boyfriend kita. Samalah dengan kita kan. Tapi, itulah kadang-kadang dia pun suka pulak cerita pasal ex girlfriend dia pada kita. Memang tak aci kan? 
  • Kalau seseorang lelaki tu nak jumpa dengan mak ayah korang itu tandanya memang mereka serius menjalinkan hubungan dengan korang. 
  • Ada sesetengah lelaki tu suka berkongsi apa aje cerita dengan kita tapi itulah kadang-kadang ada yang tak terungkap. So, jangan paksa pulak dia bercerita. Kalau boleh biarlah dia bercerita dengan kerelaan hati dia. 
  • Jangan ingat lelaki ni jiwanya kental sangat sampai tak boleh menitiskan air mata. Ye, lelaki jugak mempunyai perasaan sedih dan masa mereka kecewa mereka boleh menangis macam seorang perempuan tau. So, korang berilah support pada dia. 'i always be with u baby...' Cewahhh... 
  • Sebaiknya, jangan buat mereka mudah marah sebab kalau korang nak tau lelaki ni sememangnya makhluk yang pemarah.  

Semoga dengan perkongsian ni menjadikan kita lebih memahami seorang insan bernama lelaki... 

Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

Post a Comment

3 Comments

  1. btl2.. tapi lagi best kalau jmpa lelaki bila marah still boleh ckp elok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. CikLa doakan unni akan bertemu jejaka idaman kalbu.. Amin..

      Delete