Pengalaman sebelum dibedah.

Korang, macam mana hari ketiga puasa ni, mantain segar-bugar, bertenaga dan still fresh ke? Kejap je dah masuk hari ketiga kan? Semoga kita semoga istiqomah dan sabar menjalani ibadah puasa sehingga ke akhirnya. 

Alhamdullillah, tahun ni tahun pertama cikla berpuasa sebagai seorang pesakit tiroid. Syukur sangat-sangat sebab Allah masih memberi kesempatan pada cikla untuk melakukan ibadah ni. 

Oklah, sebelum ni cikla ada share pasal masa mana cikla boleh kena tiroid ni dan lain-lain. So, kisah sebelum ni kisah cikla check darah  di klinik untuk mengetahui tahap hormon tiroid cikla. 

Doktor di klinik yang cikla buat ujian sonografi/ultrasound tu suggest cikla pergi jumpa doktor pakar kat Hospital Putrajaya, sebab katanya kat situ memang ramai pakar dalam bidang ni.

Setelah berbincang dengan suami, cikla pun pergilah. Perasaan masa tu tak boleh cakaplah. Memang gementar, risau dan takut. Bukan apa, takut 'result'  doktor tu nanti. Erm, daku kuatkan hati. Kata nak sihat kan.

Pengalaman sebelum dibedah.
Pengalaman sebelum dibedah. 

Sampai kat sana, cikla telah melalui beberapa procedure untuk memastikan apakah sebenarnya 'masalah' yang cikla hadapi. 

Antara ujian yang cikla lalui dah tentulah kena amik darah dulu (ujian Thyroid Function Test atau ujian fungsi tiroid), then cikla jugak kena buat ujian FNAC dan ultrasound.

Sebelum tu, meh cikla share apakah dia ujian ni semua.

Sumber SINI. 'Fine needle aspiration cytology' (FNAC) adalah ujian yang mana sampel sel yang kecil akan disedut melalui jarum daripada benjolan tiroid, kemudian sel-selnya dikaji di bawah mikrosop untuk memberikan gambaran sebenar gumpalan/benjolan tersebut. Namun result FNAC tak semestinya tepat 100%. ada sipi-sipi gak.

Ultrasound pula adalah ujian yang dilakukan untuk mengukur saiz kelenjar dan untuk detect kalau ada benjolan tiroid yang lain. 

Kadang-kadang, pengunaan ultrasound juga digunakan untuk memandu proses FNAC yang mana ia akan meningkatkan ketepatan proses pengambilan sampel daripada benjolan kelenjar tiroid.

Pengalaman sebelum dibedah.
Pengalaman sebelum dibedah. Ujian FNAC. Kredit Google. 

Macam cikla, memula cikla buat ujian FNAC dulu, tapi untuk ketulan yang sebelah kanan je sebab doktor cakap ketulan tu macam 'keras' sikit dari yang kiri. 

Walaupun kiri lebih besar, tapi yang kiri tu lebih 'lembut' sikit. Memang yang kiri tu bengkak tiroid biasa. Lepas buat FNAC baru cikla buat ultrasound sebab nak tengok sama ada bengkak tu kena pada kelenjar lain di sekeliling kelenjar tiroid. 

Ujian FNAC ni takdelah sakit sangat, sakit sikit macam kena gigit kerengga je. Hihi. Tapi, ada sesetengahnya megalami sakit tekak lepas buat ujian ni. Nak bagi lega, korang boleh makan aiskrim vanilla. InshaAllah, ok nanti.

Pengalaman sebelum dibedah.
Pengalaman sebelum dibedah. Ujian ultrasound. Sumber Google. 

Kalau ujian ultrasound pulak, nanti doktor akan letak gel dulu, sejuk je bila kena kulit. Lepas  tu, doktor guna alat dia (tengok gambar kat atas tu). Memang sebijik sejibon macam check perut time pregnant. 

Lepas dapat result FNAC tu doktor cakap suspect kanser. Allahu, masa doktor bagitau tu rasa macam kelu lidah. Terkejut, tergamam, tak percaya. Sampai doktor tu cakap, "you don't worry. Rawatan untuk kanser macam ni tak se'tough' untuk kanser jenis lain."

"Memang lah, but it's still kanser right." 

Gila kau tak fikir kalau dah tau kita sakit apa. Huhu. Suami pun masa tu macam tak percaya gak. But, itulah. Suspect. Hmm. 

Tapi, cikla syukur sangat sebab result untuk ujian ultrasound menunjukkan ketulan tu tak kena kelenjar yang kat tepi leher tu. Kalau tak silap cikla, lymph nodes. 

Macam cikla  tulis sebelum ni, result FNAC ni kadang-kadang tak berapa tepat pun result dia. Nak confirmkan kena buat pembedahan. 

Kelenjar tiroid yang dikeluarkan akan diuji samalah betul atau tak seperti yang dikatakan oleh result ujian FNAC itu. 

So, dengan result itu, doktor terus setkan tarikh pembedahan untuk cikla buang kelenjar yang bermasalah tu. Kena buang dua-dua pulak tu. 

Tapi, cikla redha kalau itu takdirnya. Demi sihat cikla relakan. Syukurlah, walaupun Allah hanya meminjamkan 'si rama-rama' hanya untuk 34 tahun pada cikla. 

Cikla bersyukur sebab dapat detect problem agak awal jugak (walaupun lebih kurang 2 tahun lebih cikla simpan bengkak, huhu) sebelum amik keputusan untuk operate.

Nanti cikla share apa yang cikla kena lalui sebelum pembedahan, masa dan selepas pembedahan. Doakan cikla kuat hadapi dugaan ni tau. 

Apa yang cikla nak pesan, kalau korang rasa lain je kat diri korang tu, jangan tunggu lama-lama. Pergi cepat-cepat check. Jangan simpan, bukan dapat apa-apa pun. 

Sambung nanti. 

7 comments:

  1. Seram bila pikir pasal operation. Semoga terus sihat cikla

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Harap2 dah sihat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh ya.. risau mengingatkan kita juga salah seorang daripada pesakit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik.. Insha Allah. Amin..

      Delete
  4. get well soon cikla..semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik


    Cara Bayar PTPTN guna JomPAY Maybank

    ReplyDelete

Powered by Blogger.