"Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Marhaban ya Ramadhan. Marhaban ya Ramadhan."

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Sumber Google. 

Korang, esok kita sudah pun mula berpuasa. Alhamdullillah, sebab kita masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa ni dan menikmati keberkatan bulan Ramadhan yang penuh rahmat.

So, cikla nak ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dengan iman yang kukuh sekukuh karang di laut. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT. Aamiin.

Jika HATI sejenis AIR, jangan dibiar ia KERUH. Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia MENDUNG. Jika HATI seindah BULAN, kekalkan ia dengan IMAN.

Indahnya DUNIA hanya sementara. Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika.  Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti. Tapi,  indahnya RAMADHAN tak dapat ditukar ganti.

Bulan Ramadhan telah tiba. Ampun dan maaf pada semua. Atas segala salah silap dan kata-kata. Moga ibadah puasa kita akan diberkati olehNya.

Selamat berpuasa semua.