Cara suami nak pujuk isteri yang merajuk.

Dalam hidup berumah tangga, kadang kala ada pasang surutnya. Bergurau senda, sayang, marah, merajuk dan berjauh hati ada masanya memang tak dapat nak dielakkan. 

Bagi cikla, kalau setakat gaduh-gaduh sayang ni tak pe kot. Pendek kata ia boleh mengeratkan lagi hubungan dan mengukuhkan kasih sayang. 

Tapi, janganlah dibiarkan sampai melarat. Sudahnya, suami isteri bermasam muka dan saling tidak menegur sapa walaupun tinggal sebumbung. Dah tak best lah kalau macam tu.

So, kali ni cikla nak share tips untuk para suami macam mana nak pujuk isteri korang yang merajuk. Tengok macam senang je nak pujuk. 

Tapi, kalau dapat isteri yang egonya setinggi gunung,  macam mana nak buat? Jom baca sampai habis.

Cara suami nak pujuk isteri yang merajuk.
Cara suami nak pujuk isteri yang merajuk. Sumber Google. 

Sebagai lelaki dan suami, korang kenalah 'beralah' dengan karenah pasangan atau isteri anda yang mudah merajuk. 

Korang kena ingat, korang beralah tu bukan bermaksud korang kalah, dah surrender ke apa atau pun tapi korang mengalah sebab nak meredakan suasana. 

Selain itu, jangan kekok atau susah sangat nak ucapkan kata 'I'm sorry', lebih-lebih lagi kalau dah sah-sah korang yang salah. Lelaki ni, kadang-kadang egonya lain macam sikit. 

Jangan pulak nanti disebabkan ego korang tu, isteri korang terus merajuk dan lagi parah merajuknya. Lagi susah kang.

Sebagai seorang perempuan, cikla mengaku yang perempuan ni memang sangat sukakan 'hadiah' walaupun hadiahnya itu hanya sekuntum bunga. 

Memang berbunga-bungalah hati dia kalau dapat, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayang. Merajuk-merajuk jugak, hadiah amik jugak. Hehe.

Kalau korang nak romantik lagi, bagi jugak kad atau surat yang menyatakan maaf korang tu. Pasti isteri korang akan terharu. So romantikaaaaa. 

Lagi satu, perempuan ni memang suka dipuji. So, korang ringan-ringankanlah mulut korang tu pujuklah isteri korang ye. 

Jangan tak percaya, dengan pujian tu, tak mustahil isteri korang akan 'cair'  dan lembut hati. Cubalah.

Bagi cikla, dalam apa jugak situasi komunikasi dua hala memang penting sangat. Kalau boleh, cuba ubah cara korang berkomunikasi dengan isteri korang. 

Kalau sebelum ni korang tu jenis cakap 'lepas' je dan 'ganas' dengan isteri, apa kata lepas ni korang cakap lembut-lembut dan guna nada suara yang sederhana. Lembut sikitlah hati kawan tu.

Ada orang menggunakan 'orang tengah' nak settle masalah. Bagi cikla, dalam situasi ni elok jugak korang guna anak sebagai pengantara. 

Paling mudah, gunakan anak korang sebagai 'pengirim' sesuatu atau surat untuk diberikan pada isteri.  

Apa yang penting, guna ayat yang positif dan bahasa yang indah untuk menawan kembali hati isteri yang merajuk tu. Macam ala-ala orang dulu-dulu bercinta. Hihi.

Selain itu, 'pancing' dengan makanan. Wah, dengar macam best je kan. Tak salah kot korang bawak isteri korang makan kat kuat dan belanja dia di restoran kegemarannya. 

Paling tak pun, bawak je isteri korang pergi melancong, tak kiralah pergi jalan-jalan makan angin kat taman ke atau nak senang lagi pergi je bawak isteri korang tu tengok wayang lebih-lebih lagi pelakon kegemaran dia. Tak cuba tak tau kan berkesan ke tak. Betul tak?

Tapi, apa yang penting kalau korang nak tau sebenarnya isteri yang merajuk ni mahukan perhatian daripada korang. 

Apa kata korang bagi je sepenuh perhatian kepada dia dan cuba selama perasaannya. Lagi satu, katakanlah isteri korang yang merajuk tu tak makan pujuk dan cara-cara semua ni tak berkesan pun pada dia, takpe. 

Bagi je 'masa bertenang'  untuk isteri korang. Bagi dia cool dulu, lepas tu baru slow talk. Nanti lama-lama isteri korang mesti ok punyalah.

Sumber Facebook page Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia.

No comments:

Powered by Blogger.