Cikla rasa pemakaian sunblock memang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi kalau kulit korang selalu terdedah kepada pancaran matahari.
Sebenarnya, ada tiga jenis sunblock yang biasanya digunakan iaitu krim, gel, dan lotion.
Kalau korang nak tau, ketiga-tiga jenis ni ada perbezaaannya iaitu kadar kandungan air dan minyak yang di dalamnya.
Biasanya, sunblock jenis gel lebih ringan teksturnya sebab tak terlalu berminyak, tapi kekurangan jenis ni sangat mudah pudar lebih-lebih kalau berpeluh.
Manakala, sunblock jenis krim dan lotion mengandungi kadar minyak lebih banyak.
Cara yang paling bagus adalah dengan mencuba terlebih dahulu sunblock paling tepat dan sesuai dengan jenis kulit korang. Baru betul!
Lagi satu, mungkin ada yang tak tau, sebenarnya lagi tinggi nilai SPF akan menyebabkan muka rasa makin berminyak masa membacanya. So, ada beberapa tips untuk memilih sunblock yang sesuai. Apakah itu? Jom baca.
Salah pilih sunblock, ada kesankah? Sumber Google. |
Adalah sangat penting sunblock yang sesuai dengan keadaan atau jenis kulit, iaitu untuk jenis kulit kering, pilih sunblock berbentuk krim dan untuk kulit jenis berminyak sebaiknya pilih sunblock berbentuk lotion. Memilih nilai SPF sesuai mengikut keadaan. Maknanya, kalau korang lebih banyak melakukan aktiviti indoor,
Sebaiknya gunakan sunblock SPF 30 supaya kulit tak berminyak. Sebaliknya, kalau korang melakukan aktiviti luar atau outdoor, bagus kalau guna sunblock SPF 50.
Seharusnya penggunaan sunblock dilakukan dengan tepat, iaitu setiap hari sebelum kulit terkena sinar matahari. Apply sunblock sebaik sahaja korang membersihkan muka dan pastikan kulit muka korang betul-betul kering supaya sunblock dapat diserap dengan baik pada kulit.
Selain itu, apply sunblock kira-kira 15-20 minit sebelum kulit terdedah kepada matahari supaya perlindungannya maksimun tercapai. Masa apply sunblock, pastikan ia diratakan secukupnya supaya ia dapat diserap baik di kulit.
Elakkan dari meletakkan sunblock dengan banyak sebab ia akan mengakibatkan kulit makin berminyak. Di samping itu, apply semula sunblock setelah berpeluh. Masa berpeluh, sunblock akan jadi pudar sebab itulah ia perlu di apply semula.
Sumber Facebook Nuraishah Jusoh.
KLo x apply plak cmne cikla ye..x1 biasa la..huuu
ReplyDeleteBoleh. Tp mungkin kulit akan terdedah pada risiko uv yg bahaya. Lagi baik kalau pakai kan. Yg penting cr yg sesuai dgn kulit.
DeleteTeringat time wifey dulu ntah camna sunblock boleh reaction dgn kulit.. abis kemerahan seperti ruam.. elok ada petua cegini dannnnn selalu test di belakang telinga atau di bawah ketiak utk lihat tindak balas losen... sebelum menggunakannya..
ReplyDeleteThanks sbb kongsi tips. Semoga bermanfaat ye..
DeleteSELALU pakai yg spf 30 je,takut nak try yg spf tinggi
ReplyDeleteBetter guna nk elok utk kulit kita kan. Takut nnti efek x bagus pulak.
Delete