*this is sticky post until 8 pm on 31 May 2017. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

~SEGMEN TAMAT~

Rasalah dah lama cikla tak buat segmen kan. So, hari ni tergerak hati nak buat segmen sebab cikla nak tukar bloglist cikla tu. Kali ni cikla nak cari bloglist untuk Jun-September. Bukan apa, since cikla tukar template baru ni macam agak susah cikla  nak edit blog nak tukar-tukar guna phone atau ipad. Laptop masih 'sakit' lagi. Huhu. Apa lagi, jom kita tengok syarat-syaratnya. Jangan risau, mudah je syaratnya.

Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.
Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback. 
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Tag 2 atau lebih kawan-kawan (wajib) untuk join segmen. Pastikan diaorang tau yang diaorang ditag. 
  7. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  8. Siap.

Segmen bermula dari 17 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017 (pukul 8 malam). Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama empat bulan. Wow, lama tu.

Tapi, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org. Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. In shaa Allah, cikla akan pilih 2 orang yang bertuah untuk menerima hadiah misteri. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segemen ni sekarang. So, apa lagi. Jemput join semua. Kita kasi gegar ini segmen. Haha.

Selamat bersegmen korang. Terima kasih.