Selamat Hari Guru 2017.

Tanggal 16 Mei setiap tahun, adalah hari istimewa untuk semua guru di Malaysia. Semua guru akan diraikan pada hari tersebut. Kalau nak cerita jasa guru ni terlalu luas. Itu sebab orang mengumpamakan guru itu umpama mentari yang menyinari. 

Kesabaran mereka mengajar dan mendidik anak bangsa memang wajar kita kagumi. Bayangkanlah, mereka mengajar bukan sorang dua tapi hampir berpuluh orang ramainya. Cikla ni pun, mana yang ada anak baru empat ni pun kadang-kadang pening kepala dibuatnya.

Pendapatnya cikla, kalau nak bercakap mengenai 'cabaran' guru pada  hari ni rasanya macam lebih mencabar lagi kot kalau nak dibandingkan dengan guru pada suatu masa dulu. 

Seingat cikla, kalau budak-budak dulu nampak guru dari jauh, terutamanya guru disiplin dah kecut perut dah. Jalan depan guru pun tunduk-tunduk je. Tapi, zaman sekarang rasanya semua tu  dah berubah. Macam-macam cerita kita dengar kan. Murid tumbuk guru lah, murid ugut gurulah.

Selamat Hari Guru 2017.
Selamat Hari Guru 2017.

Selamat Hari Guru 2017.
Selamat Hari Guru 2017.

So, cikla nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang telah mengajar cikla tak kiralah masa sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan universiti. 

Terima kasih cikgu kerana sudi mencurahkan ilmu dan bersabar mendidik saya. Segala jasa dan pengorbananmu tak terbalas. Semoga Allah membalas semua jasamu cikgu. 

Terima kasih cikgu!

5 comments:

  1. Selamat menyambut hari guru 2017.Share video ini untuk ucapan hari guru anda.(^_^).

    ReplyDelete
  2. Jasanya cikgu dikenang sehingga akhir zaman kan

    ReplyDelete
  3. Semua org adalah guru. Selamat hari guru

    ReplyDelete
  4. tanpa guru siapalah kita kan..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Guru buat semua guru kita.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews