Bila bercakap soal rezeki ia terlalu luas sebenarnya. Kalau sebelum ni kita ingat rezeki tu hanyalah duit je, hakikatnya bukan itu sahaja.
Nak tau apa erti 'rezeki' yang sebenar-benarnya? Jom baca perkongsian yang cikla share ni.
Sebenarnya, tanpa kita sedar Allah boleh menarik rezeki dari kita dengan macam-macam cara.
Tak kiralah dengan cara tayar motor pancit, kereta rosak, duit kena curi orang, kena tips sebab join bisnes itu ini, kena tipu sebab join skim itu ini, dan macam-macam lagilah.
Itulah sebab-sebab rezeki kita ditarik yang hakikatnya ialah Allah yang menariknya dari kita.
Kadang-kadang tak dinafikan kita mungkin akan berfikir soal rezeki dengan secara tidak adil, maka kita akan cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan orang lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita.
Hakikatnya, kita merasa resah gelisah bila melihat orang lain.
Rezeki bukan semata-mata duit! Sumber Google. |
Ingatlah bahawa REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata. Kadang-kadang kita lupa, dapat mengerjakan solat adalah rezeki.
Dapat luangkan masa menuntut ilmu agama adalah rezeki.
Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki. Dapat kawan-kawan tempat kerja yang baik pun rezeki.
Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki. Kerja tanpa tekanan pun rezeki. Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki.
Sebenarnya, terlalu banyak rezeki yang Allah bagi kepada kita.
Mari fikir luasnya rezeki. Jangan sempitkannya hanya dengan pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki.
Kalau korang nak tau, kadang-kadang ada orang direzekikan cantik dan tampan, tapi tak direzekikan cinta.
Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.
Begitulah Allah SWT membahagikan rezekiNya. Jangan kita sangka yang kita takde rezeki. Rezeki itu ada di mana-mana, bukan terletak pada manusia tapi Allah SWT.
Rezeki itu tak akan pernah salah alamat. Kalau ia miliki kita, macam mana pun halangan akhirnya akan jadi milik kita jugak.
Rezeki itu tak akan pernah salah alamat. Kalau ia miliki kita, macam mana pun halangan akhirnya akan jadi milik kita jugak.
Bersangka baik. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki olehNya. Aamiin!
Sumber Facebook Kelab Soal Jawab Ibu Bapa Cemerlang.
sehat tubuh badan pun rezeki kan :)
ReplyDeletesinggah di sini...btw,
ReplyDeletetolong komen entry saya...minta tolong sangat2 bagi pendapat..
http://misseffah-ara.blogspot.my/2017/05/fitnah-atau-bukan-ingat-aku-kesah.html
Betul tu cikla. Org selalu anggap rezeki hanya duit semata sedangkan byk lagi rezeki yg Allah dh bagi. Dapat tengok, bau dan dengar pun rezeki. Ada family pun rezeki. Yg penting jgn lupa bersyukur
ReplyDeletenice !
ReplyDelete