Bila baca title entri cikla tu mesti ada yang macam tak setuju kan. Ye la, sebelum ni kita asyik baca sikap lelaki yang boleh buat wanita meluat dan menyampah. Nah, kali ni jom kita baca apa pulak sikap wanita yang boleh buat lelaki meluat pulak.
Maybe ada yang betul, ada yang tak kot. Hehe. Lagipun kita kena gak amik tau supaya hubungan yang kita bina dengan pasangan kita tu tak terjejas dek kerana perangai kita yang kadang-kadang kita tak perasan dan sedar pun.
Tau-tau si lelaki dah tarik muka atau muncung sedepa. Haha.
Sikap 1: Wanita yang asyik meminta itu ini.
Memang tak dinafikan lelaki sanggup nak berbelanja banyak untuk insan yang dia sayang. Tapi, janganlah amik kesempatan pulak di atas kemurahan hati mereka.
Jangan nak bergantung harap sangat dengan mereka. Sesekali tu tak salah kalau berdikari sendiri. Lagipun, rata-rata sekarang ramai wanita yang bekerja dan ada duit sendiri.
Setakat benda yang remeh-temeh tu, toksahlah nak merengek-rengek nak minta dia belikan. Tapi, kalau dia bagi tu, amik je la. Rezeki jangan ditolak. Betul tak?
Sikap 2: Wanita yang pasif luar biasa.
Maknanya, wanita kenalah aktif dan agresif (tapi berpada-pada). Lelaki memang suka wanita yang sopan dan tahu jaga diri, tapi kalau dah pasif sangat pun tak boleh jugak.
Lama-lama jadi macam membosankan lak. Wanita kena bijak berdikari gak, supaya jangan sampai si lelaki fikir kita ni asyik nak bergantung dengan dia. Ehemm.
Sikap 3: Wanita yang terlalu mengongkong.
Cukuplah sekadar amik berat dan tanya pada si lelaki apa yang perlu je. Tak kan diaorang nak report 24/7 kat kita apa yang diorang buat kan?
Kita pun mesti tak suka kan kalau si lelaki terlalu kongkong kita. Tak kan nak pergi pasar beli ikan dengan mak pun nak report. Alah, lecehlah camni kan.
Bukan apa, lama-lama tentu mereka akan bosan dan rasa hidup mereka dikongkong. Belum kawin pun dah jadi queen control. Alamak, lagilah tak best kalau camtu.
Sikap 4: Wanita yang suka membebel dan mengeluh.
Alamak, ni lagi satu masalah. Memang tak dinafikan wanita dan bebelan berpisah tiada. Hahaha.
Tapi, agak-agaklah pun kan kalau nak membebel pun. Kalau jumpa je asyik bebel itu ini, lama-lama bosan der. Berbulu telinga bak kata orang sekarang. Boleh hilang sabar gak dibuatnya.
Sikap 5: Wanita yang bersolek tebal bebenor.
Kalau korang nak tau, kebanyakan lelaki suka kecantikan wanita yang natural (pendapat cikla la).
Nak bersolek boleh, tapi janganlah mekap tebal 12 inci. Dah macam pakai topeng dah. Cukuplah sekadar berhias sederhana. Sejuk mata memandang kan?
Lagi satu, kalau wanita ni bersolek atau bersiap berjam-jam, lagilah lelaki meluat. Memang ada lelaki yang sabar menunggu, tapi ada gak yang tak sabar. Pepaham je lah.
Sikap 6: Wanita yang bercerita tentang lelaki lain.
Haaa, ni lagi satu pantang lelaki. Kalau jumpa asyik cerita pasal lelaki itulah, lelaki inilah. Kalau puji lagilah membara meluatnya. Hehehe.
Kadang-kadang cerita pasal benda biasa-biasa je, tapi jangan taktau diaorang leh meluat gak tau. Habis melayang ke laut mood diaorang.
Tapi, bagi cikla setiap perkara mesti ada baik buruk kan. Macam tu gak dengan lelaki yang meluat dengan sesetengah sikap wanita (kadang-kadang kita tak sedar pun), dan begitulah sebaliknya.
Apa yang penting tegurlah secara berhemah, jangan nak menghentam tak tentu pasal. Kang meletus lak perang dunia ke-3, padahal hal kecik je....
Sumber MajalahWANITA.
Jgn ikut semua sifat kt ats tu ys..
ReplyDelete