Wah wah wah, tengok sikit intro picture kat bawah tu. Otak-otak in da house. Saje je cikla bagi warming up skit. Actullay itu je yang nyempat cikla snap masa makan aritu. Oh oh, lupa lak nak cerita. 

Sebenarnya hari ahad aritu, cikla dengan famili berjalan-jalan di Pantai Remis, Jeram. Saje, dah lama tak pergi. Walaupun cikla selalu gak balik umah mak kat Kuala Selangor, tapi tak dan je nak singgah. 

Semalam incik suami tetibe rajin lak nak ke sana. Apa lagi, jom. Cikla takde lak ambil picture makan banyak sangat masa makan kat situ. 

Cuma picture posing kami anak-beranak aje yang sempat diambil. Tak sempat pun buat-buat sempat. Jangan marah. Cikla belanja picture posing cikla dgn famili.

Pantai Remis, Jeram.
Pantai Remis, Jeram. Otak-otak.

Kat bawah ni gambar posing dua beradik yang sememangnya pantang kalau disuruh posing. Pandai aje dia. Siap dengan memek muka lagi.

Pantai Remis, Jeram.
Pantai Remis, Jeram.

Pantai Remis, Jeram.
Pantai Remis, Jeram.

Kat bawah ni lak picture posing ibu dengan ayahnya lak.

Pantai Remis, Jeram.
Pantai Remis, Jeram.

Ni cikla nak promote ni. Pada siapa yang suka dengan pemandangan dan bersiar-siar kat pantai, meh la datang sini. Leh cuci mata. Macam-macam ada jual. Terutamanya hasil laut macam kerang, lala, siput dan lain-lain. 

Lagipun, kedai-kedai makan ala-ala seafood restoran pun banyak. Pilih je mana berkenan. Tepuk dada, tanya selera. 

Pastu, makan lak kat tepi laut, dengan ditemani dengan hembusan angin dan ombak laut. Alaaa, bestnyaaa. Tapi, kalau nak mandi laut macam tak best je sebab airnya keruh dan berlumpur. Hehe.