Tips ketika menghadiri rumah terbuka.

Rasanya dah 2 minggu dah Syawal berlangsung. Dan, mesti korang semua ada yang dah buat atau merancang nak organize rumah terbuka kan? Paling tak pun mesti kita ada dapat jemputan untuk menghadiri rumah terbuka. 

Bak kata orang tua-tua, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Ye tak? Cikla nak share beberapa tips sihat yang mungkin kita boleh gunapakai semasa menghadiri rumah terbuka. Ye la, dengan mengadap menu yang macam-macam. Tau-tau berat pun naik. Rosak diet.

Tips ketika menghadiri rumah terbuka.
Tips ketika menghadiri rumah terbuka. Kredit Google.

Tips 1Makan dalam saiz/kuantiti yang kecil. Ye la, menu mesti banyak kan. Jadi, rasalah itu sikit, ini sikit. Lama2 kenyang gak.

Tips 2Pilih makanan rendah kalori macam buahan atau makanan kurang minyak, lemak dan santan.

Tips 3Pilih makanan tinggi serat untuk elak sembelit.

Tips 4Had kan mengambil makanan yang manis dan berlemak seperti dodol, biskut raya, kek, cookies dan lain-lain.

Tips 5Kalau ada, pilih buahan segar sebagai snek/pencuci mulut.

Tips 6Hadkan mengambil makanan tinggi garam seperti kerepek.

Tips 7Banyak minum air kosong berbanding air berkarbonat atau minuman manis.

Amalan 55555 supaya kekal sihat di Hari Raya:
  1. Makan 5 kumpulan makanan tiap hari. 
  2. Makan 5 sajian buah dan sayur. 
  3. Had kepada 500 kalori sahaja untuk tiap waktu makan utama. 
  4. Had kepada 5 gm/1 sudu teh gula sahaja untuk minuman manis. Lagi kurang lagi bagus. 
  5. Bersenam 5 kali seminggu.

Macam mana? Ok tak tips kat atas? Rasa rasa boleh follow tak? Hehe. Ala, cikla faham. Walaupun mungkin kita tak dapat nak ikut semua, separuh pun ok dah. Jom kita.

Sumber : Majalah Rapi/FokusDiet.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews