Cikla percaya mesti ramai ibu-ibu yang macam susah je nak ceraikan susu badan bila anak mereka dah berumur 2 tahun kan? Hal ini termasuklah dengan diri cikla gak. Hehe. Macam-macam cara kita buat. Letak itulah, letak inilah.
Petua orang dulu-dulu pun tak ketinggalan kita cuba. Tapi, tak jalan-jalan gak. Lagi-lagi untuk ibu yang merancang nak mengandung lagi. Ada sesetengah budak memang senang nak ceraikan, tapi ada sesetengahnya lagi punyalah payah.
Macam anak-anak cikla! Cikla nak share beberapa cara yang lebih 'menawan' dan takdelah ekstrem sangat yang boleh ibu-ibu termasuklah cikla juga gunapakai. Mana tau berjaya. Belum cuba, belum tau. Ye tak? Apa kata korang try tip ni.
1 - Jangan tawarkan susu ibu dan kalau dia minta, cuba lengahkan. Sesetengah budak kalau dia leka bermain, sampai lupa nak menyusu. Bila dia dah lupa tu, si ibu janganlah panggil atau ingatkan dia. Dan kalau dia minta untuk menyusu, cuba lengahkan memberi.
2 - Cuba gantikan dengan minuman lain kalau dia nak menyusu. Contohnya macam air buah ke, susu segar ke, ataupun air kosong. Tak pun gantikan dengan snek berkhasiat macam buahan yang dipotong kecil supaya anak jadi lebih kenyang.
3 - Berhenti guna botol dan gunakan bekas air (cawan). Sepatutnya bila bayi dah berusia 8 bulan ke atas, dia dah pandai memegang. Ia lebih kepada untuk melekakan mereka selain melatih mereka untuk berdikari.
4 - Cuba gantikan rutin harian bayi kita dengan aktiviti yang berfaedah. Selalunya penyusuan sebelum tidur merupakan waktu yang paling susah diberhentikan. Si ayah pun boleh ambil peluang membantu ibu. Cuba gantikan tabiat itu dengan tabiat baru seperti membacakan buku bedtime stories ke. Tak pun si ayah bawak anak pergi sarapan pada waktu pagi sebelum anak meminta susu ibu.
5 - Pendekkan tempoh penyusuan. Contohnya kalau selalu ibu menyusukan anak selama 30 minit, si ibu boleh cuba memendekkan masa selama 10 minit atau 15 minit saja dan ia berkesan untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas. Cubalah pujuk dia katakan dia sudah besar dan tunjukkan contoh abang atau kakaknya yang sangat baik sebab tak menyusu.
6 - Bila anak kita sudah mula memakan pelbagai jenis makanan, dia dengan sendirinya akan kurang meminta susu badan. Jadi, ajar dia makan makanan lain yang berkhasiat dan mengenyangkan. Bila dia dah kenyang kuranglah dia minta nak menyusu.
Orang kata memang payah sikit, tapi tak salah mencuba kan. Kesabaran amat penting kerana ia boleh dikategorikan sebagai cabaran juga. Kerenah anak-anak.
Pepeham je la.
Pepeham je la.
*sumber info dari Harian Metro/hati.
boleh try guna ni nty..hehe
ReplyDeleteTu. Cuba try test... Mane tau berkesan. Ye x? ^_^
Deleteentri yang bagus cikLa utk ibu2 yang perlukan info sebegini..nice sharing :)
ReplyDeleteTq... Sharing is caring... ^_*
Delete